CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

Si suami merendang di rumah..si isteri berjimba2 di luar...

Seronoknya berjimba2 tanpa adanya hero n heroin bukan senang tau mr hubby nak jaga anak2 sementara si ibu seronok2 di luar..bukan gi mana pun gi shopping je..beli barang2 keperluan raya untuk semua nanti dekat2 nak raya nanti takdela kelam kabut dan orang pun takdela ramai sangat..apa???? tak ramai????

Tapi semalam memang lautan manusia melimpah2 di Sogo semuanya sama matlamat cam i membeli sebelum bulan puasa untuk mengelakkan last minit shopping..sebenarnya sume tu alasan je bukannye tak nak tunggu last minit tapi sbb nk grab sogo member card sale yang hanya untuk 3 hari ni je..jadinya semua berpusu2 menyoppingkan diri..dah macam ulat i tgk ramai sgt manusia tapi rata2 yang beria2 shopingg ni sapa lagi kalau bukan kaum ibu..

punyela seronok shopping sampai lupa nak ambil sebijik gambar pun tapi gambar ni i ambil dr fb my friend..tapi keadaan ni semasa hari Jumaat lepas..boleh tahanla ornya nampak tk padat sgt..tp semalam i pergi adalah dua kali ganda dr yg ni..sume macam piranha bila nampak sale melampau tu bila nak membayar..haa..ambik..dekat 1 jam beratur..tobatla nak pegi lagi..dengan kaki kesakitan yang teramat sgt dgn penat beratur..but end of the day rasa berbaloi sbb dh settle baju raya hero n heroin..

sementara i berjimba2 di sogo, mr hubby berpenat lelah menyiapkan rendang daging di rumah. Tak tau ape mimpi dia nak masak rendang lak kan..saje seronok sbb nak sambut ramadhan dan boleh buat lauk untuk bersahur..My hero terlalu suka dengan rendang yg mr hubby buat sampai makan nasi bertambah2..pasni i tk perlu risau lagi kalo nak makan rendang di rumah sbb dh ade org expert yg pandai masak rendang..walaupun first try tapi kena dengan tekak i dan semua isi rumah ini...

ini la rupanya rendang daging yg mr hubby masak, pas ni kena menuntut dengan dia la camane nk masak rendang..hehehehhe

Thursday, July 21, 2011

Cooking

Sejak i bercuti menjaga Khaleesya ni, tiap2 hari i akan memasak, ceehhh macam la selama hari ni tak memasak kan cumanya bila banyak masa di rumah kita boleh memasak dengan penuh jiwa dan raga bukan macam hari2 bekerja, masak jugak tapi dalam keadaan yang tergesa2 dan tidak sepenuh hati..i mean.. right after reach home everything should be ready before maghrib..maunya tak terkejar2 balik umah pun dh pukul 6 lebih tu belum lagi kira singgah sana singgah sini tuk beli apa2 yg patut.. sampai je umah tukar uniform terus bertapa kat dapur sampaila everything is done..memang penat..tapi bila seharian ada di rumah i boleh memasak dengan tenang dan bersungguh2..

ok..back to my cooking, i managed to cook fish soup for khaleesya as she still berpantang lagi tak boleh ambil makanan yang berasas kan minyak or any food yg itchy to her sbb ini akan menambahkan lagi her itchyness..so that was for lunch, i pun tumpang sekaki la makan nasi and fish soup..

and for dinner lak, i made bolognaise spaghetti for my superheroes..mr hubby and hakim and actually this spaghetti was requested by hakim before he went to school yesterday..dah lama katanya tak makan spaghetti and i know this is his favorite so sbb tak nk menghampakan permintaan my hero ni so i buatkan beef bolognaise..ha amik..2 pinggan makan ye..termasukla si ayah...


bukan tu aje..i buat desert lak..kan dah kata i masak dgn sepenuh jiwa dan raga..hehehehe..this is my first try for sagoo puding..mmm sedappp bila dimakan sejuk2..


rasa seronok pulak bila hari2 i masak sbb ade masa nk search resepi2 yang mudah dan cepat di seantero dunia IT ni and also boleh tgh puas2 channel cooking di astro 703 or 706..syiiookkk..banyak idea..kadang bila pikir seronok pulak duduk kat rumah ni..i boleh cook healty food for my kids, boleh cuba pelbagai resepi yang best2 and i boleh buat sesuka hati i pun..agak2 bila boleh jadi fulltime housewife ye..bosan gak bekerja hari2 dan buat routine activities..boring tgk org2 yang berlagak bagus, berlagak pandai dan yang selalu bodek dan kipas boss padahal keje tu org lain yg buat dia hanya nk nama je..boring2...

ewaaaahhhh banyak lak membebel ni..yo yo o je nk jd housewife kan tgk2..seminggu duk umah dh melalak keboringan tahap maksima..sapa nak jawab..

Tuesday, July 19, 2011

Pancake for breakfast

LinkDisebabkan masih lagi bercuti, hari ni merajinkan diri untuk prepare breakfast..hanya untuk heroin and i je yang ada di rumah ni..yg lain menjalankan aktiviti ke sekolah dan ke temppat kerja seperti biasa..ala bukan breakfast yang heavy pun senang dan simple je..itu pun sbb tak tau nk breakfast apa so i just made easy peasy pancake ni..Dapat resepi drp dapur Mat Gebu..so easy and simple..pada yang ingin cuba here is the recipe

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

Terpaksa Cuti Kecemasan

Sudah 2 hari i terpaksa mengambil cuti kecemasan disebabkan heroin secara tiba2 dijangkiti chicken pox..I mula perasan timbul seketul dua chicken poxnya itu hari jumaat lepas dan telah merlarat ke seluruh badan sehari dua ni...dan demamnya juga on and off..sekejap ok dan tiba2 temperaturenya naik so kena selalu monitor tahap kepanasan badan heroin..

badan heroin penuh dengan bintik2 chicken pox

Kesian kat dia.. muka nampak monyok je dan rasa tak selesa seluruh badan sebab terasa gatal2 dan miang so mr hubby carikan daun semambu (betul ke???..daun yg selalu ditanam di rumah org india) bagi mandi untuk kurangkan kegatalannya...

dah boleh senyum sikit sbb dah beransur kering

So lepas 4 hari ni nampak bintik merah dh mula pecah, mengecut dan kering tapi still lagi heroin tak boleh pergi school sbb for sure kindie tak terima diakan..jadinya ibu terpaksa ambil cuti lagi dan menjdai bibik di rumah sendiri ye...

Monday, July 18, 2011

Sports Day




Setelah berhari2 dan berminggu2 berlatih dan ber'reharsal' smlm adalah kemuncak Montessori Sports Day di Stadium MMU Cyberjaya..dengan semangat yg berkobar2 Hakim bangun pepagi lagi untuk bersiap dan confident yang team dia akan menang. Game yang hero join is building tower dan team dia adalah team hijau..






Semangat dan bersungguh2 si hero ni lari..nampak dari riak wajahnya yang mmg dia lari bersungguh..tapi bila sampai turn partnernya yang kedua dan ketiga dah mula slow..padahal team dia dah leading dh unfortunately ada pulak salah sorang dr team hero yg telah terjatuhkan tower yang die buat..tula yang buat lambat tu...



last sekali team hero dapat tempat ke tiga..frust gile si hero ni siap nangis kat tepi padang lagi sbb dia budget nak dapat no 1 tapi sebab geng2 dia yg lain buat spoil terus dapat no 3..sampai teacher terpaksa duk pujuk dan tenangkan diala..mr. hubby pun bagitau takpela nak buat camana atleast u tried very hard and it was not ur fault...dah pujuk2 bagai barula member cool sikit...

kalah dan menang tu dah adat bertanding tapi yang penting is jatidiri and the confident level dalam diri sendiri ..next year boleh cuba lagi tapi not at the kindie anymore..u will be standard 1 next year...

Thursday, July 7, 2011

2nd Qtr Lunch Gathering

Dah jadi my dept tradition to have luncheon gathering and birthday celebration every quarterly and for this time we had our lunch at JM Beriani Bukit Kemuning. Had tried with beriani daging before, and for me yang kureng suka beriani ni bolehla terima if compared with any beriani from any mamak restaurant yang terlalu banyak guna rempah ratusnya.

This time saje nak try beriani with kuzi kambing and fresh mango juice and also with tauhu bakar and pecal. Bab2 makan ni memang sume licin takut dgn boss kalo tak abis kang dia bebel..hehehe and lastly we had cake cutting for those who celebrate their birthday on this period time..Yang pastinya semua org kekenyangan dan kegembiraan...






i pun tak tau camana i boleh terselit di celah2 kaum lelaki itu..







sibuk nk amik gmbr ngan hanphone yg tak bape canggih tu...







serious discussion...



my boss yg duk tgh tu ye..Kiri kanan dia tu adalah org kuat dia..



semua org seronok dpt mkn free..

Saturday, July 2, 2011

Kari Ikan..

...sambal belacan yang takde belacan dan ulam kacang botol untuk hidangan tengah hari Sabtu..Hari ni kena masak awal sebab hero n heroin ada sport rehearsal pagi2 lagi so bila balik nanti surela sumenya kelaparan kan so lepas je hantar hero n heroin ke school i and mr hubby had breakfast at our house area and terus je beli barang2 for cooking..




By the time they finished their rehearsal, i completed my fish curry and sambal belacan yg takde belacan..why takde belacan??? sbb mr hubby takleh makan belacan becoz of his sinus..kalo makan belacan ada yang tak berhenti bersin sampai ke malam ni..so terciptala sambal belacan yang takde belacan...Happy Saturday guys...


Friday, July 1, 2011

Abang & Adik...

...kadang2 boleh jadi kawan dan kadang2 boleh jadi musuh..bila jadi kawan i suka sangat tgk.. rasa terharu je sejuk perut i mengandungkan mereka..lebih2 lagi bila si abang menjadi guardian kepada si adiknya..tapi bila dah bertengkar dan bergaduh...masa tu bolehla tgk si ibu ni bertukar menjadi ijo dan menjadi "monster" di dalam ini rumah ye...nway..i love so much to both of u..