CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada dan maaf zahir dan batin..
Aidilfitri tahun ni amat berbeza dari raya2 sebelum ni kerana kami beraya dan solat sunat aidilfitri di Istana Menanti..rumah nenek mr hubby..First time sepanjang perkahwinan, i dan family beraya di sana selalunya selepas solat aidilfitri kami akan bertolak ke kampung tetapi tahun ni berbeza sikit sebab semua sanak saudara berkumpul di rumah Wan sehari sebelum raya..meriah sangat dan yang paling seronok tentula my hero and heroin. mereka jarang sekali merasai suasana kampung dengan cuaca malam yang sungguh sejuk dan dikelilingi oleh pokok2.
Awal pagi semua berebut2 untuk ke bilik air walaupun air paip sejuk beku tapi terpaksa gak mandi sebab kalau lambat kena tinggal untuk ke masjid..


Di masjid inilah kami menunaikan solat hari raya

bergambar kenang2an di kereta milik Tuanku Negeri Sembilan..Walaupun malu2 sebab semua mata memandang tp layan je..pas tu ramai lak yang mengikut jejak kami sume nak bergambar...


didepan pintu masjid..tgkla my heroin pandai betul berposing depan camera..si abang standardla..tegak keras je cam kayu..

Selepas solat, kami pulang ke rumah bersalam salaman dan bermaaf maafan..kemudian kami ke istana Seri Menanti sebab di hari raya je Tuanku buat open istana..jadi kami pun tidak melepaskan peluang untuk masuk ke istana..bukan senang tau nak masuk istana...

bergambar beramai2...

ramai yang ambil kesempatan untuk bergambar di depan istana tapi setakat pintu depan jela dalam istana tak boleh..belum jejak kaki kat pintu depan lagi pengawal dah jengil mata...


macam2 juadah ada di sediakan..sebulan puasa turun berat badan tak sampai petang raya dah naik balik berat...huhuhuhu


di perkarangan halaman istana..



ramai yang beratur untuk dapatkan duit raya dari kerabat diraja..


selepas selesai di Seri Menanti kami bertolak pula ke Rembau untuk beraya di rumah nenek sebelah FIL..


No comments:

Post a Comment