CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10, 2011

Kembali Bersiaran dan Pemergian yang Sungguh Dirasai...

Assalamualaikum readers..

Lama sunggula tak menghapdet blog ini dan mesti ramai yg kata dh terkubur ke blog yang tak seberapa ini..sepi tanpa khabar berita..tapi yang sebenarnya tuan tanah ni masih lagi sihat walafiat cumanya terlalu busy dengan kerja2 harian dan tentunya dengan perniagaan baru mak...sejak jadi 'mak make up' ni mmg tak cukup masa kadang weekend pun busy tapi alhamdulillah rasa happy dan puas hati setelah tgk hasil kerja tanggan sendiri..so sesiapa yg perlukan khidmat servis mak make up ni bolehla contact2 or boleh ke sini


Hari ni genap 8 hari pemergian seorang sahabat baik di office. Arwah Zariena Abu telah kembali ke rahmatullah pada 3 June bersamaan dgn 1 Rejab yang lalu. Arwah telah menderita akibat kanser serviks..dan telah menjalani pembedahan pembuangan rahim tahun lepas tetapi dikesan masih aktif sel kansernya beberapa bulan kebelakangan ini..disebabkan sel kansernya terlalu aktif, ia telah merebak ke bahagian organ lain seperti buah pinggang, hati dan usus besarnya..

Oleh kerana keadaan arwah yg kritikal waktu itu, doktor membenarkan semua ahli keluarga dan sahabat handai untuk melawat (walaupun waktu tu arwah di wad ICU) dan doktor membuat keputusan untuk membenarkan arwah dibawa pulang ke rumah kerana keadaan arwah yg sungguh tenat dan seperti tiada harapan lagi untuk sembuh. Arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir lebih kurang jam 10.30 malam dan selamat dikebumikan pada keesokan harinya.. tiada lagi gelak ketawa dan senda guraunya kerana arwah sememangnya terkenal dengan sifatnya yg suka mengusik dan menghiburkan hati orang..Alfatihah untuk arwah Zarina Abu..



Bersama arwah..Semoga arwah tenang 'disana' dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aminnn


No comments:

Post a Comment