CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 19, 2011

Pancake for breakfast

LinkDisebabkan masih lagi bercuti, hari ni merajinkan diri untuk prepare breakfast..hanya untuk heroin and i je yang ada di rumah ni..yg lain menjalankan aktiviti ke sekolah dan ke temppat kerja seperti biasa..ala bukan breakfast yang heavy pun senang dan simple je..itu pun sbb tak tau nk breakfast apa so i just made easy peasy pancake ni..Dapat resepi drp dapur Mat Gebu..so easy and simple..pada yang ingin cuba here is the recipe

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment