CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

Bahang raya semakin di rasa...

Wowww esok lusa kita akan berhari raya..rasa terlalu cepat sangat masa berlalu. rasa sedih dan sebak rasenya kerana Ramadhan akan meninggalkan kita..tak pasti lagi sama ada kita akan berjuma dengan Ramadhan lagi di tahun depan..semoga amalan kita sepanjang Ramadhan akan diterima olehNYA. Insyaallah..

Okey..tak mau sedih2 sepatutnya kita berasa gembira kerana insyaallah dapat menyempurnakan amalan berpuasa di bulan Ramadhan dan akan menyambut hari kemenangan kita kurang beberapa jam je lagi..so untuk preparation hari raya ni seperti biasa makanan yang akan dihidang dipagi raya adalah rendang, kuah kacang, kuah lodeh, lemang dan ketupat..jadinya tahun ni kami decide nak anyam ketupat sebabnya my hero tu sibuk berkali2 tanya macam mana nk buat ketupat sebab dia duk selalu tgk cite upin ipin versi hari raya..so i pun gi la beli daun kelapa untuk menganyam..memula tu semangat si hero ni nak belajar..tapi ingat senang ke nak belajar hanya org yang kreatif dan tangan berseni je boleh anyam tau kalau tidak alamatnya jadi tah ape2..last sekali daun tah ke mana hero pun tah ke mana..


di antara ketupat yang telah di anyam..


daun yang bergulung2 kat tepi bakul tu adalah hasil kerja si hero..dah boring sangat sebab ketupatnya tak jadi 2..

ini namanya ketupat bawang...

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua anda berada dan tak lupa juga kami memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa sepanjang penulisan di blog ini dan juga mohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri ini di luar sana. dan kepada yang memandu untuk balik ke kampung sentiasa berhati2 di jalan raya dan ingatla orang tersayang yang menunggu kepulangan kalian..


No comments:

Post a Comment