CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 30, 2009

Tips Kekal Langsing



Setelah berhari raya sakan dan yang pastinya setelah menikmati semua juadah hari raya, dari raya pertama sehingga hari ini dan di tambah pula jemputan2 open house yang semakin bertubi2 jadi sudah tiba masanya untuk kita mengawal semua pemakanan kita.

pendek kata masa untuk DIETTTT..actually bukanla diet tapi mengawal corak dan cara pemakanan kita. so dengan semangat jitu dan satu kemalaysiannya itu (cehhh ade kena mengena ke..) saya sertakan tip2 atur cara pemakanan yang sihat. layanzzzz..

SARAPAN PAGI

a) Ambil buah buahan
setiap menu sarapan perlu disertakan dengan buah2an kerana serat yang terkandung dlm buah2an akan membuat anda cepat kenyang.

b) Ada karbohidrat
mengambil kabohidrat dlm setiap hidangan dapat memberi tenaga, membantu meningkatkan metabolisme dan membakar kalori dengan efektif.

c)Pilih menu serat tinggi
makanlah buah2an, sayur2an, roti, gandum, oat atau bijirin kerana makanan ini rendah lemak

MINUM PETANG (KUDAPAN)

a) Pilih snek yang mengenyangkan
Makanlah kacang kerana ia mengandungi protein, lemak sihat, serat, vit E dan magnesium. Mengunyah kacang dpt mengawal rasa lapar tetapi jgn melebihi kerana boleh membuatkan anda gemuk

b) Elak minuman bergas
lebih baik pilih air mineral drp minuman bergas

MAKANAN TENGAHARI

a) Mulakan dengan buah
mengambil sebiji epal sebelum makan tengahari dpt menurunkan berat badan kerana buah membuatkan anda cepat kenyang

b) Makan seorang diri
seseorang lebih cenderung mengambil makanan lebih banyak apabila makan bersamakawan2

c) Pilih sup sahaja
selain cepat kenyang, jumlah kalori lebih sedikit berbanding makanan lain

d) Protein mesti ada
protein perlu untuk meningkatkan metabolisme badan seperti ayam, daging tanpa lemak atau kekacang

e) Makan secara perlahan
apabila mengunyah secara perlahan akan membuatkan perut anda cepat kenyang dan membantu mengurangkan jumlah makanan.

MAKAN MALAM

a) Mulakan dengan salad
Apabila anda mulakan dengan salad secara tidak langsung anda mengurangkan kalori antara 12% berbanding anda tidak mengambil salad

b) Gunakan pinggan kecil
semakin besar pinggan digunakan semakin banyak makanan di isi. jadi lebih baik menggunakan pinggan yang kecil

c) Nikmati coklat
setelah makan malam cuba nikmati coklat, puding atau kek coklat kerana perasa coklat akan membuatkan anda cepat muak dan dpt mengelakkan mengambil kudapan atau snek. tetapi hadkan pengambilannya

d) Akhiri dengan air suam
tingkatkan metabolisme badan dengan minum air suam kerana ia boleh membakar kalori dalam proses penghadaman


Jadi apa lagi lepas ni sama2 la kita menjaga dan mengawal cara pemakanan kita untuk kekal langsing...waallllaaaaaa...


No comments:

Post a Comment