saya berazam raya tahun ni kalau tiada aral melintang akan menghadirkan diri di semua rumah terbuka yang di jemput. walaupun ada hal tapi seboleh2nya cuba untuk memenuhi jemputan tersebut melainkan hal2 yang mmg tidak boleh dielakkan.
makanya weekand lepas kami sekeluarga kepenatan disebabkan berhari raya sehingga larut malam tapi sememangnya rase puas hati sgt sbb dapat ke rumah kawan2 dan yang bestnya dapat berkumpul dengan kawan2 lain. bukan senang nk dapat masa begini.
nak tau mana rumah terbuka yang saya dh pegi??..mula dr hari jumaat lepas dr lunch hour ke putra height kemudian lepas office ke sec 20 shah alam pula. sampai rumah kul 9.00 malam. penat nya ya amat.
hari sabtu pula kami pergi open house dlm taman tu dulu kemudian petang ke rumah zana di puchong. Jammed boleh tahanla LDP mungkin semua duk pakat buat open house agaknya dan setelah ke puchong saya ke shah alam rumah kak chumil..semuanya kawan se-office saya.balik rumah dalam pukul 10.00 malam..kepenatan tapi puas hati sebab perut kenyang hehehehe...
dan yang paling best semalam..tengah hari ke rumah ramli (kawan office) di desa pandan. rumah ni best sebab ade kambing golek. My hubby duk pulun kambing je dan Hakim yang tak pernah2 makan kambing pun boleh terminat lak..Asyik muka kami je yang ke kaunter kambing tu. Ok dr KL kami ke Semenyih. ni rumah kawan hubby makan laksa..mmm yummy tapi sbb perut dh penuh dengan kambing dan nasi lemak tadi so saya jamah sikit jela. lepas ke semenyih kami ke seremban lak..mmg jauh tul perjalanan. ini ke rumah kawan juga, makan lagi dan kambing jugak. ini pun saya jamah sikit je sbb badan pun dah kepenatan dan di tambah pulak mata dah semakin layu..balik sampai rumah pukul 11.00 malam
Itula aktiviti kami hujung minggu lepas dan baru sebentar tadi dapat call jemputan open house jugak di Klang lepas office hour..Seronok mmg seronok tapi kena tanya en suami dulu sama ada dia free atau tidak..
Walaupun penat menghadiri jemputan orang tapi memang berbaloi baloi..
No comments:
Post a Comment