CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 29, 2009

Morning Dialogs


Dialog between me and hakim b4 i sent him to school this morning:


hakim: Ibu hari ni ada mathematic la..(maksud dia hari ni ada subject Maths kat school)

Ibu: takpela semalam kan hakim dah buat homework dengan ibu..hakim kan dah pandai (i saje nak puji die sbb i tau bila ada maths subject kat school sure dia ngelat punye..)

hakim: ok..ibu buku kerja matematik hakim dah habisla..(i tau dia memang nak ngelat dan nak lambat2kan masa sbb dia tau i dah lambat)

ibu: takpe nanti petang kita pergi beli yea...

dia dah ok sikit tapi muka nampak cam sedih..so i pun cakap:

ibu: takpe nanti kang ibu jumpa teacher bgtau hakim dah pandai buat mathematic ye..

so baru la muka die glowing sikit..dah kena puji abisss..
sampai school i jumpa teacher dan tanya kenapa bila subject mathematic je dia mula buat perangai..

barula i tau yang dia jenis tak focus dan tak confident pada diri walaupun dia tau apa yang dia buat tapi still nak tanya teacher lagi betul ke tak apa yang dia buat..sbb u know maths memerlukan kita mengingat nombor dan his level dah kena count using minds..thats why kengkadang dia cam fed-up..

so i cakap dengan teacher dia takpe nanti memalam i akan brush up ape yang dia lemah..
aduhaiii..anak aku tu..baru kindergarten dh problem camtu kalau sekolah rendah tak tau la camana...


Wednesday, October 28, 2009

mengajar hakim

ketika i sedang menaip entry ini, hakim pula sedang membuat kerja matematiknya. bersungguh2 dia menyuruh i mengajarnya..
yang sebenarnya di school dia telah pun belajar matematik termasukla addition dan omission jadinya bila malam2 dia akan membuat kerja rumah yang dibuat oleh i.

kadang2 tempreature kita boleh naik gak bila benda yang diajar agak susah dia nak catch up..i realize yang dia memang dah boleh membaca eventho sometimes dia kena mengeja tapi bila masuk pelajaran matematik memang kadang2 i surrender. i pass tu hubby untuk ajar hakim sebab i tau kalau i yang ajar silap2 boleh bergaduh dengan dia..

tapi bila fikir2 balik he only 4 y o should i force him everything sebab kesian gak kat dia takut lak dia cepat boring. tapi dalam zaman sekarang yang serba cepat dan moden ni kanak2 yang seawal 3 tahun sudah mula belajar membaca dan mengira. takut pulak nanti anak kita yang ketinggalan so i just follow his tune kalau dia rase nak belajar malam2 i akan buatkan dia some homework tapi kalau dia taknak i just let him watch tv je sebab 1 day school dah cukup semua benda dia nak belajar..


mikylayna's giveaway




yeaahhhh...comel2 dan cute2 betul semua hairclips tu kan dan saya telah terjatuh cinta dengan segala hairclips sejak lahirnya anak dara ku itu dan mula mengumpul hairclips untuknya walaupun rambutnya tidak berapa lebat lagi..hehehe..
dan tak sangka pula berjumpa dengan puan ini yang sungguh kreatip menghasilkan felt hairclips yang sungguh cute mute...semua hasil kerja tangan yang sungguh teliti dan kemas membuatkan saya betul2 rasa teringin sangat nak mempunyai hairclips nya (hehehehe...itu ayat ayat cinta...)

dan saya rase rose hairclip ni adalah yang terrrrrpalinnggg comel sekali..pendek kata kalau pakai kat khaleesya (anak i la tu..) sure muka dia akan bertambah2 comelkan..eeeeiiiii seronoknya..(perasan menangla tu..)
jadinya kepada sesiapa yang nak berperasaan seperti saya sila2 la join...


Tuesday, October 27, 2009

mari bershopping...

kalau dah bercuti tak sah rasenye kalau tak bershopping kan...ate nama pun pompuan sedikit sebanyak mesti nak beli gak kan...
termasukla kite jugak..rasenye sampai berapa kali duk ulang ke pasar philiphines tu sampai cik suami dah naik boring..

oohhh yes..pasar philiphines tu la tempat membeli belah untuk barangan kraftangan dari sabah.jadinya banyak barang2 yang jarang atau memang tiada di semenanjung tetapi boleh dapat di pasar philipines ni..dan yang paling femes sekali of cozla mutiara sabah..dan ketika membeli mutiara ni ada dijual mutiara tulen dan palsu so kena betul2 tengok dan kalau boleh bawa orang yang pandai pasal mutiara ni supaya senang untuk di bargain..

suasana di sekitar pasar philipines

dan disebelah pasar philiphines adalah pasar ikan masin lak segala jenis ikan masin dan hasil tangkapan laut yang telah di masinkan ada di jual disini. ini pun kena pandai bargain sebab penjual akan letak harga tinggi jadi sesiapa yang tidak pandai akan tertipu dengan harga2 tersebut. tengok jela aksi2 minah sorang ni daripada berdiri sampai duduk kat bangku dek kerana bershopping punya pasal...layannzzz


pasar ikan masin



Sunday, October 25, 2009

pancake for breakfast

disebabkan hari ni hari mnggu, pepagi lagi saya dah mula membuat kerja2 housekeeping sementara my kids still in bed. kalau depa dah bangun dah tentu amat susah sikit nak mengemas rumah..banyak kerja akan terganggu disebabkan gangguan mereka..

normally when sunday me n family akan berbreakfast di luar..kedai mamak or kopitiam is our favourite tapi memandangkan kerja2 mengemas rumah telah dijalankan, so we decided to having breakfast at home je..

so apalagi pancake la jadi pilihan, cepat dan pantas tambah pulak ahkak dah penat mengemas..pilih masakan yang simple je...hehehehe..




Saturday, October 24, 2009

semalam di kundasang

perjalanan ke kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. although the wheather is rainy and it's getting dark but we manage to drive..the road were small and winding and never once shut my eye while my other half was driving..heheh takut ditambah pula dengan ketiadaan lampu jalan dan dikelilingi oleh hutan menambahkan sedikit keraguan.. anyhow loved the scenary though its getting cold and foggy..

rasa lega yang teramat sgt setelah selamat sampai di kundasang dan berbaloi baloi with a long journey when a beautiful views and scenary welcoming us...gunung ganang yang diselaputi kabus dan hutan2 yang menghijau cukup mendamaikan..back to natures..


pemandangan yang cukup menenangkan..saujana mata memandang..


sekitar di kundasang...


merentasi awan biru..


it was a first time for hakim and khaleesya flew with air asia...
they were really enjoyed and had a wonderful time although it took about 2 1/2 hour to reached Kota Kinabalu..
yesss..we had our holiday in Kota Kinabalu and also a night in kundasang and kinabalu park..
thanks to stewards and stewardess for being nice to hakim and khaleesya..blessed to have such great stewardess..

Tuesday, October 20, 2009

cuti...yeaaaa

cuti...cuti...cuti.....
me and family tengah bercuti sekarang nie...
merentasi laut china selatan....naik belon ba....
syoookkknye....

Sunday, October 18, 2009

bunga-bunga ku itu...

today is sunday..masa untuk melepak dan bersantai bersama keluarga.
dan yang pentingnya menjalankan kerja2 rumah atau senang cakap kemas rumahla..
tapi i lebih fokus kepada bunga2 ku yang telah lama terbiar dan tidak terjaga. bila time tengah rajin bunga2 itu akan kelihatan subur dan sihat, mana taknya asal hari cuti je semua pokok2 akan dibelek dan di belai bagai anak kecil..bubuh baja la, gembur tanahla, buang daun2 matila, sembur racun seranggala..dan segala bentuk penjagaanla hanya untuk memastikan yang ia berkembang dan sihat..


tapi sejak2 anak dara ku dah pandai berjalan dan semakin lasak..pokok2 di halamaan banyak terbiar dan separuhnya ada yang nyawa2 ikan dan ade jugak dah kiookkk...bukan ape masa banyak tertumpu kat minah sorang ni kalau kita sibuk kat luar dia lagi sibuk..sibuk buat kacau so banyak kerja2 tertangguh dan kalau nak buat pun tunggu dia tidur dulu baru boleh buat segala kerja..

dan kebetulan khaleesya tidur barula boleh buat kerja2 gardening dengan amannya..habis semua pokok2 yang dah mati ku tebas dan ku zaaassss kan..dan pokok2 yang dah agak besar ku tukar pasu yang lebih besar dan selesa supaya ia boleh hidup dengan subur..haaa..barula nampak kemas dan teratur..





Saturday, October 17, 2009

gmsb open house...

Happy Deepavali to all indians out there..
sure hari ni ramai indians yang buat open house kan dan termasuk la juga orang melayu kerana kita still dalam mood syawal..
walaupun syawal tinggal beberapa hari lagi nak berakhir tapi masih ramai lagi yang membuat open house di saat2 akhir ni kan...

apa yang ingin saya katakan disini ialah rumah terbuka GMSB yang diadakan semalam. memang dah jadi rutinla tiap2 tahun office ni buat rumah terbuka. lihat sajala kemeriahannya dengan makanan yang serba serbi diiringi dengan live band yang menyanyikan lagu2 raya dan juga lip lap2 lampu neon menghiasi bangunan gmsb..memang seronok..

tapi tahun ni saya decide nak datang malam untuk melihat keindahan suasana malam hari sebab selalunya petang adalah untuk staff manakala malam untuk clients dan vips..tapi tak kisahla kan..

so apa lagi layanzzzz...


berlatar belakangkan live band..joget dik joget..


suasana kemeriahan....


di antara gerai2 makanan yang ada..mana hero aku ni


berbaju melayu dan bersamping tapi main tepi pagar..that's my hero



kepenatan setelah bermain..duduk tepi batu pun jadi..mana mr hubby lak..jom skodeng..

oooo..sini rupanya tgh layan roasted lamb..tak pakai baju melayu sbb baru balik keje terus pegi gmsb..siannn kan


Tuesday, October 13, 2009

in memories..


walaupun baru lepas kena jap tapi masih boleh lagi bermain dengan senang hatinya.
actually khaleesya just taken her 12 month MMR jap at ampang puteri just now.
sikit lambat sebab she already 1y 2m, semua gara2 ibu and ayah were busy with our job so baru hari ni ada kesempatan nak pergi hospital.
and she has changed paed to Dr Wong since arwah dr haliza "tiada lagi". rindu dengan kaletah dan celoteh arwah dan tak sangka arwah pergi terlalu awal..

ingat lagi tak awal tahun pasal kehilangan 2 orang doktor ampang puteri, dan setelah di kesan kedua2 doktor ini telah terjatuh dan meninggal dunia ketika mendaki di Bukit Tabur di Kuala Lumpur. dan yang membuat kan i betul2 terkejut ketika berita ini keluar kerana doc haliza dan doc amin tai are both docs to hakim and khaleesya. rase sedih sgt sbb we are regular patient to them and they are very kind to my kids.

dan tadi bila masuk clinic Dr Wong everything has changed (dr wong has replaced arwah and used bilik arwah) and i suddenly memorized all about arwah..semoga rohnya di cucuri rahmat..aminn

Sunday, October 11, 2009

jariku yang keras


apa sebenarnya yang telah terjadi ni..
kenapa hakim main tepung..
nak tolong ibu atau nak tolong kacau ibu..
dan nampaknya pun ibu cam sibuk je..
tengah buat ape ye..

yang sebenarnya..

inila hasil kerja tangan ku..
ya allah sungguh tidak seni betul..
ate memang tangan dan jari2 ku ini keras..
tapi ade hati jugak nak buat..
dan inila hasilnya..




Blueberry Cheese Tart...
ade macam rupa tart ke..
walaupun rupanya tak cantik..
tapi rasenya..boleh tahan sedap..(hehehe ayat sedapkan hati)
hakim cakap "bestla ibu..sedap"
layanzzzz..

Saturday, October 10, 2009

kerana boring

kerana boring punya pasal inila kerja aku.
dah boring dengan background lama
so kite cuci mata sikit..
ok tak..layanzzz

Thursday, October 8, 2009

tak tau kenapa

Tak tau kenapa minggu ni kesabaran aku benar2 teruji dengan perangai hakim
tak tau kenapa minggu ni dia tak nak pergi school.
since Monday morning dia buat perangai bangun je pagi terus menangis tak nak pergi school
tapi nak pegi rumah nenek nya. Walaupun dah puas memujuk pun still tak nak pegi school jugak.
So okla bgtau hari ni boleh pergi rumah nenek but tomorrow u have to go to school. Apalagi terus diam menangis.

Selasa morning pun sama gak tak nak pergi school walaupun semalam dia dh janji nak pergi tapi i tak layan dan berjanji akan beli icecream ptg when i fetch him..Diam sekejap tapi lepas mandi he started again merengek tak nk pergi school so i tanya kenapa tak nak pergi.
barula i tau dia kata techer ada marah dan pukul dia so dia merajuk tak nak pergi. Mungkin ade benda yang di buat sampai techer marah dia.
Pujuk punya pujuk dia pergi jugak.

Semalam dia ok sebab hajat dia nak jam ben 10 dah tercapai..Ayah nya dah tunaikan janji belikan jam ben 10 kesukaannya..pergi school pun seronok sbb nak menunjuk jam ben 10 baru tu kepada kawan2..

So this morning dia start balik buat perangai puas i pujuk tapi dia still tak nak mandi dan tak nak pergi school. memang memula tempreature i dah nak start naik sebab takut lambat sampai office kena lagi surat cinta tapi i sabar dan terus sabar memujuknya..At last mungkin sebab dia termakan pujuk i dan kesian tengok i dia pergi jugak dan langsung tak menangis..

i tak tau kenapa dia buat perangai camtu mungkin sebab hari tu cuti raya lama sangat dah seronok duduk rumah. nasib baik sorang yang buat perangai kalau dua2 memang i boleh pengsan dengan karenah diaorang and hopefully khaleesya tak ikutla perangai abangnya itu..aminn





Monday, October 5, 2009

Berbaloi baloi


saya berazam raya tahun ni kalau tiada aral melintang akan menghadirkan diri di semua rumah terbuka yang di jemput. walaupun ada hal tapi seboleh2nya cuba untuk memenuhi jemputan tersebut melainkan hal2 yang mmg tidak boleh dielakkan.


makanya weekand lepas kami sekeluarga kepenatan disebabkan berhari raya sehingga larut malam tapi sememangnya rase puas hati sgt sbb dapat ke rumah kawan2 dan yang bestnya dapat berkumpul dengan kawan2 lain. bukan senang nk dapat masa begini.


nak tau mana rumah terbuka yang saya dh pegi??..mula dr hari jumaat lepas dr lunch hour ke putra height kemudian lepas office ke sec 20 shah alam pula. sampai rumah kul 9.00 malam. penat nya ya amat.


hari sabtu pula kami pergi open house dlm taman tu dulu kemudian petang ke rumah zana di puchong. Jammed boleh tahanla LDP mungkin semua duk pakat buat open house agaknya dan setelah ke puchong saya ke shah alam rumah kak chumil..semuanya kawan se-office saya.balik rumah dalam pukul 10.00 malam..kepenatan tapi puas hati sebab perut kenyang hehehehe...


dan yang paling best semalam..tengah hari ke rumah ramli (kawan office) di desa pandan. rumah ni best sebab ade kambing golek. My hubby duk pulun kambing je dan Hakim yang tak pernah2 makan kambing pun boleh terminat lak..Asyik muka kami je yang ke kaunter kambing tu. Ok dr KL kami ke Semenyih. ni rumah kawan hubby makan laksa..mmm yummy tapi sbb perut dh penuh dengan kambing dan nasi lemak tadi so saya jamah sikit jela. lepas ke semenyih kami ke seremban lak..mmg jauh tul perjalanan. ini ke rumah kawan juga, makan lagi dan kambing jugak. ini pun saya jamah sikit je sbb badan pun dah kepenatan dan di tambah pulak mata dah semakin layu..balik sampai rumah pukul 11.00 malam


Itula aktiviti kami hujung minggu lepas dan baru sebentar tadi dapat call jemputan open house jugak di Klang lepas office hour..Seronok mmg seronok tapi kena tanya en suami dulu sama ada dia free atau tidak..


Walaupun penat menghadiri jemputan orang tapi memang berbaloi baloi..