CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 29, 2009

di sinila..


Ini la sebenarnya yang ditunggu2..reunion with my x-convent frenz..setelah 15 tahun meninggalkan alam persekolahan akhirnya aku jumpa juga kawan2 di bangku sekolah.

dan disinila tempatnya kami berkumpul berbuka puasa bersama2. what can i say bout the place??. Well dari luar memang nampak cam tak best tempat berkepung cam kelambu tapi bila masuk dalam..wowwww..not bad terasa macam berbuka di kampung.


restoran ini bercirikan senibina bali dan berkonsep dalam taman dan suasananya memang nyaman dengan banyak pokok2 ditambah dengan wakaf2 menambahkan lagi suasana kampung. pendek cite memang syiioookkkkla..

will update more later..

Berlaku dan akan berlaku

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur ku dan mengurniakan tubuh badan yang sihat disamping keluarga yang bahagia, aman dan harmoni. Moga-moga berkekalan hendaknya aminn...

Sudah seminggu umat islam berpuasa rasa terlalu pantas masa ini berjalan dan pejam celik pejam celik tak lama lagi aidilfitri pun muncul tiba. Begitu juga dengan umur ku yang setiap tahun bertambah..wahhh dah tua rupanye aku tak sangka daripada perempuan yang tidak pasti mengenai kehidupan masa hadapannya dan sekarang telah cukup matang dan berfikiran jauh dalam menyusun hari-hari mendatang. Itula aku.. dah masuk umur lingkungan 30an ni kenala berfikiran lebih matang dan maju ke hadapan untuk membentuk sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Insyaallah..

Wahh..yang sebetulnya hari ni ada 2 perkara yang paling penting berlaku dan akan berlaku dalam hidup aku.

yang pertamanya..jeng jeng jeng...Today is MY BIRTHDAY...
Itula sebab nya aku terlalu gembira..hehehe umur dah bertambah pun boleh happy ke patutnya sedihla kan sebab dah semakin tua.
Tapi tula alhamduillah kerana Tuhan panjang kan umurku sehingga dapat menyambut hari kelahiran ku dan dapat melihat anak2 membesar di depan mata..Syukur....

dan perkara kedua yang akan terjadi ialah...jeng jeng jeng (suspen lagi...)..tungguuuuuu..
akan diberitahu kemudian. so check it out..

Monday, August 24, 2009

PIL nak berbuka sama

tengah memikir juadah apa yang nak disediakan untuk mil n pil yang akan berbuka di rumah ptg kang..buntu weiii..
dahla ahkak ni tak berapa pandai sgt nk masak setakat makan tuk family bolehla tapi untuk family in law kena la special skit.
tambah lak makan tuk berbuka lagila kena special..any ideas..
nampaknye kenala melawat dapur CT..
nampak macam banyak resepi2 yang menarik..Adioosss

Sunday, August 23, 2009

Dia pun nak pegi terawikh gak..


Siap berbaju melayu dan berkopiah lagi superhero ni.
tak sabar2 nak pegi terawikh walhal orang lain belum pun bersiap



masuk hari ni dah 2 hari kita berpuasa alhamdulillah.
dan hakim juga dah 2 hari pegi terawikh. bagus anak ibu ni tapi betul ke sembahyang
atau main dengan kawan2 yang ada..musykil ni sbb beria sgt nak pegi..
tapi apa-apa pun dari kecil la kita kena didik anak kita untuk berjinak2 ke masjid atau surau..

p/s: pixs not very clear. snap frm handphone. handphone cap 'ayam'..


Saturday, August 22, 2009

Anak sapa ni..


Tengokla betapa tekunnye anak terunaku ini membuat homeworknye. Penuh khusyuk dan tawadduk..



Actually tu bukan homework tapi schoolwork that he should do nextweek at school as the school holiday is already started tapi kalau dah semangat tu berkobar2 tak sabar2 nak buat.
sampai minta kat teacher nak buat kat rumah. So next week the teacher have to give another schoolwork for him.

Hopefully this atitude will continue till primary school.Insyaallah.

Selamat Berpuasa

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

P/S: Alhamdulillah baru je lepas bersahur dan sekarang menunggu masuk waktu subuh..Sementara tu jenguk2 la sekejap blog ku ini sambil men "google" kelebihan bulan Ramadhan untuk tatapan semua..Sekian

Friday, August 21, 2009

Pesta Makan

Alhamdulillah..kenyangnye perut hari nie..
Alkisahnye kat office dah macam pesta makanan sebab semua dept duk buat
pot luck sempena nak menyambut bulan puasa.
Daripada ground floor sampaila ke 1st floor sume duk pakat buat makan2.
Macam macam ada..sampai tak larat nk makan sbb perut kecik..
But we enjoy all the food..

Wednesday, August 19, 2009

Shoutbox

Yessss...i just included a nice shout box in this blog for chit chat purposes. actually baru je belajar..Kesian betul orang lain dan berlari kemana2..yang i baru nak terkial2 belajar..so anyway no harm at all.

So, lets chit chat and drop ur shout or msg in the shoutbox...

Ramblings in the Morning

I’ve been terribly busy with office work for the past 2 weeks and still continuing until end of the month. That is why no entry at all as nothing interesting happened around me as though the working dateline is really make me headache. Itula namanye tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Kita yang menurut perintah sahaja..Whatever..

So basically yesterday I cooked char kuey teow for dinner. Just a simple menu and also pancake for my kids (should pancake eat for breakfast??..bantai jela..as long as the kids lurve it)

While Hakim and Khaleesya watching cartoons, as usual Cartoon Network or Playhouse Disney are their favourites..i just continue reading my Shopaholic (take time to finish, as I’m busy with housework, kids dan macam2 lagi..So only after settled all works then I manage continue reading) and can’t wait to read the sequel. Wondering what happen to Becky as she should settle her debts and plan to abroad away in a way to run from the bankers. Kelakar betul la. Kadang2 makcik boleh senyum sorang2 bila baca karenah si Becky ni..Rase tak sabar nak habiskan baca tapi apa kan daya….Makcik tak terdayo..

Saturday, August 15, 2009

Khaleesya and cooking set


kalau dah nama pompuan memang tak boleh lari dari permainan, terutamanya mainan masak2 hehehe. teringat lak zaman kanak2 dulu i selalu main masak2 with my siblings semua peralatan memasak tu yang kecil2 dan kami akan berlakon sebagai sebuah family. Yang berlakon jadi mak akan memasak untuk dihidangkan kepada anak2 yang balik dr sekolah...uwaaahhh..best gile..Missed all the moment.


and now dah turun kepada my princess, my other half juz bought for her a set and she is very excited with her new toy..Itula namanya perempuan..Lihat sajela gelagat die..

tengokla betapa gembiranya anak ibu bila dapat main masak2..senyum sampai telinga.


betapa khusyuknye main sampai tak sedar orang tengah perhatikan dia..

and her abang datang and buat kacau..memang tak boleh tengok adik die senang ade je nk ngacau..



mata abang pun terkebil2 lepas dah kena warning ngan ibu supaya jgn kacau adik..and adik senang hati sambil tersenyum lebar and continue main with her toy...

Friday, August 14, 2009

After 15 Years


Blossoommsss..setelah sekian lama.. i guess more than 15 years and finally i managed catching my old frenz from my old school..Convent Kajang and thru facebook...seronoknye..kadang2 berbaloi gak berfacebooking ni dapat jumpa balik kawan2 lama zaman sekolah2 dulu...

OMG what should i say.. Speechless..i really missed when we were together betapa gamatnye kelas Nilam dengan budak2 yang nakal dan menjadi bualan cikgu2 dengan kenakalan kami. somemore we had 3 pengkids (faham2 jela bila sekolah semua perempuan so adela yang berlagak macam nak jadi lelaki..that is nature) in this class lagi bertambah gamatla..

Well..they plan to arrange some reunion and i was so excited to meet them. Mesti banyak benda nak cite and i think i have a bad memory to recall some of their name especially all the chinese girls. Maknanya kena bukak balikla album2 lama..Alamak kena punggahla semua harta karun ku itu...

Monday, August 10, 2009

Demam vs Book

Still not recovered, walaupun daripada last week demam and my last weekend was quite bored. Yela..dahla demam the whole weekend pastu kena lak g KPJ for blood test. U guys sure can imagine how the situation of every hospital recently dengan ramai orang sakitnya dengan nak menunggunye..punyela lama. Semua tu menambahkkan lagi sakit aku..Tapi fortunate the result is ok. Nothing to worry juz normal fever.

And hari ni i still on medical leave juz relax kat umah. barula aku boleh relax dengan senang hati sebab hero dengan heroin takde pagi2 ayah die dah hantar ke school n rumah babysitter.
Tengah relax2 surf MPH website saje tgk new book release teringat lak Shopaholic collection. alamak tanduk dah naik..Rase cam nak g popular and grab sebijik dua..

so apa lagi dalam sakit2 tu boleh drive sampai IOI..Balas dendam sbb last weekend tak dapat jalan, at last i bought "Confessions of a Shopaholic" and "Shopaholic Abroad".



Puas hati..Pas ni apa lagi ibu boleh membaca dengan senang hati tanpa gangguan..hehehehe

Friday, August 7, 2009

Demam

Yesterday i felt really bad..Tak pernah lak demam teruk sgt camni. But i still worked and settled out my outstanding works though i feel dizzling and coughing. Pas office terus g klinik and doctor said my temp quite high. 38.5 C perggghhh patut rase semacam je. As everybody know the virus of H1N1 was affected our country as though all precaution should be taken and after all please avoid public contact.

Balik rumah memang dah melepek gilozz. mandi2, makan, (by hubby makes some fried rice for dinner. TQ four ur concerned..) makan ubat terus lebur..Dont border what's going on either Hakim or Khaleesya as mommy dah weng sbb penangan ubat.

And as of today i feel much better, relax dan berehat je kat rumah since i got my mc yesterday. Tapi dalam2 rase sakit tu dapat lak sms from my collegue kata ade org kat office yang tak senang bila i mc and claimed planned mc..What a ridicoulas. aku cam rase nak mati and i sacrified my last 2 days at office although i rase semacam (rase cam nak dapat demam ) i tried to assist him and finish up all the urgency works, after all ini yang aku dapat..Memang la tak kenang budi. But for me Tuhan lagi mengetahui condition aku camane and i'm not pretending that i'm sick juz becoz today is friday..Mungkin hari ni hari aku dan hari kau akan tiba...Geram tull..

Thursday, August 6, 2009

Rock Kapak!!

Syyyiiioookkkknye dengar lagu lama2 ni teringat pulak nostalgia zaman sekolah2 dulu..Semua buat aku tersenyum sorang bila drive this morning to office. Kisahnya hot fm pagi ni buat topic pasal ‘rock kapak’, so semua lagu2 lama di putarkan..

Although I’m late this morning (again…) tapi bila dengar lagu2 yang jiwang kat radio terus aku jadi relax and no rushing (jiwang ke aku nie..). Rase tenang halwa telinga bila dengar lagu dari kumpulan “Spring”, “Fotograf”, “Putera”, “Damansutra” dan ramai lagila yang aku dah lupa nama2nya. Tapi bila keluar balik kat radio hari ni rase syookkk sgt..

Dan yang pastinya ter “release” jap aku nye tension walaupun kerja2 office banyak yang sedang menunggu untuk di settlekan..

Sunday, August 2, 2009

Change of Heart

Just concluded this book and basically the story from Jodi Picoult is about a murderer (Shay Bourne) who has killed a husband and a young daughter. The wife (June) managed to carry on living for the sake of her unborn child. But now she faces losing a second daughter (Claire) which has heart defect and will die soon unless she find a donor.

Unfortunately when match is offered, the new heart come from the man who has killed Claire's sister. Shay Bourne..Its a tough decision that June should made to save Claire life but the end she would do anything and managed to forget what has Shay done to her family in a way to keep her child alive.

P/S: While i'm updating this entry Hakim is watching Ice Age 2 for the...i've no idea for how many time. Since this morning i guess it would be 3-4 times and he can remebered all the dialogs and action. That's my hero and i lurve both of you Hakim n Khaleesya. Ooopss my other half too..May Allah bless us..

Sunday bee..


Seronoknye hari ni..Nape?? sbbnya kami bersantai di hari Ahad dan yang seronok sgt sbb kat rumah Puchong. as u all know we were very buzy w xtvts last few weekend and mmg tak duduk rumah langsung. So hari ni boleh bermalas2 dan yang pastinya kerahan tenaga di perlukan untuk mengemas rumah..Betapa bersepahnya rumah ku ini..

So after we had bfast at Maulana (kedai mamak at Putra Perdana) we started do our housekeeping work. My hubby is helping me a lot. Tq dear..While i folding all those clothes that has been washed a few days ago (teruknye aku dh setinggi gunung) and contiune w gardening my hubby helped with vacumming and cleaning up all the toilets.

And i decided to cook for lunch so apalagi siakap tgh menunggu. Defrost the ikan and while waiiting the fish i make poridge and soup for Khaleesya. Akhirnya seekor siakap telah selamat di masak. Sweet n Sour..(sebenarnya itu je yg aku tau masak, resepi lain kena google dulu).

Lepas makan we went out to Salak Tinggi to meet my family in law as Ayu is flying to Sabah tomorrow dan kami p hantar die kat one of the hotel over there. She has posted as a teacher there and will started teaching in few days time. Kesian die jauh bebenor mengajar but for me this is the time to enjoy your journey life and started new experience. Tapi jgn homesick sudahla..

And as usually Hakim bile dah jumpa atuk die apalagi kena 'paw' la atuk die tu..Dapatla kereta control sebji while Khaleesya has a new doll. anyway tq atuk sbb melayan karenah superhero ni..We lepak2 sambil minum and chit chat as Pak andak also joining us and went home around 6pm.

Well, this is my sunday day basically and tomorrow is going to be a normal routine for me. Gossshhh monday blues.. i hope every day is sunday..Addioosss



Saturday, August 1, 2009

tOniTe..

Disebabkan semua dah kepenatan gara2 memancing siang tadi including me (even though i juz as pak pacak) jadi makanye we only had this for dinner...


here we go..bolognaese sphagetti..yummy yummy..Hakim really likes my sphagetti despite he finished 3 plates. marvellouss..

Siakap yang dipancing siang tadi sedang lena diulik mimpi dalam frigde dan hanya menunggu masa untuk di masak. Tapi apakan daya we are westerning tonite..So juz check it out apa perkembangan ikan tu esok adakah ia berjaya di masakkan ataupun tidak...layanzzz

Fishing 2009

Alkisahnya GMSB buat pertandingan memancing hari ni di bukit kemuning shah alam dan yang pastinya aku tak tau memancing tapi aku masuk gak. heheheh.
Sapa lagi yang minat memancing ni kalau bukan my other half. Oleh kerana minat punye pasal satu family hr ni turun kolam nasib baik cuaca tak berapa panas, mendung. Kalau tak sure Khaleesya melalaknye..

So hasil drp mancing hari ni..layanzzzz je..
senyum sampai ke telinga ye..maklumla dapat 4 ekor siakap..
khaleesya pun seronok ayah dpt banyak ikan. so pas ni ibu kena belajar la resepi2 tuk masak ikan2 ni..tapi... goreng pun sodapp...