Percutian yang kami pergi baru2 ni. saje je saya pilih tempat di kampung2..jauh dari kesibukan kota dan kesesakan jalan raya..tambahan pulak hero n heroin tak pernah rasa macam mana duduk kampung dan enviroment kawasan kampung...
Jadinya destinasi kali ini saya pilih di Kuala Linggi, Melaka..actually tempat ni dah beberapa kali juga saya pergi bersama family ketika arwh ayah masih ada lagi dan ketika itu saya masih belum berkahwin dan selepas berkahwin tak pernah lagi jejak di kampung ni..hampir 8-9 tahun jugakla tak datang sini..memula tu risau gak takut tempat ni dah berubah atau pun dah membangun ke..
Tapi ternyata kawsan sekitar masih seperti dahulu..keamanan dan kesegaran kampung masih tidak berubah..cuma sedikit pembaharuan di kawasan chalet je itupun untuk keselesaan pengunjung2..yang penting lautnya tetap best...
rumah ni saya pernah ambil gambar 8 tahun yang lepas dan keadaan rumah ni masih macam dulu lagi tetap tak berubah..dan rumah ni jugak banyak di jadikan lokasi penggambaran drama..masa kami sampai pun ada shooting drama di kawasan kampung ni..femes gak la tempat ni..
nampak lenggang dan sunyi je kampung ni kan..rasa tenang sangat kat sini takdela hari2 nak harungi jammed kat highway..
pagi2 kami round2 satu kampung..jalan kaki je bukan besar sangat pun
kampungnye..Hakim mula2 sampai sini susah sikit penerimaan nya dia cakap
"tak bestla tempat ni ibu..nape nampak buruk je hotel ni"..tu la dia
bila tak biasa duk kampung..tambah pulak saya dan mr hubby takde kampung
memasing rumah parents kawasan perumahan so memang anak2 tak pernah
duduk kampung kalau ade pun rumah tok nyang die..tu pun jarang2
balik..tu yang saya saje bawak dia rase duduk kampung..
ni lagi antara rumah2 melaka yang ada kat kampung ni..saya suka sangat
tgk rumah2 melaka ni..nampak keseniann dan keasliannya dan yang bestnya rumah2 melaka
ni terkenal dgn tangga2 rumah yang menarik dan berwarna warni..yang
penting tangga kena vouge..baru kerlassss
lembu pun banyak di kampung ni..bukan je lembu binatang2 ternakan lain
pun ade..kambing..ayam..binatang yang tak pernah hero n heroin tgk bila
di KL
bila dah penat pusing2 satu kampung..kami breakfast dulu kat warung tepi jalan ni..nampak sempoi sangat tapi boleh tahan ramai gak yang minum kat sini..
nila kawasan chalet yang kami duduk..namanya KM Chalet.. kat sini ada
perlbagai jenis chalet..ade yang rumah kayu tanpa aircond..ni sapa yang
mahu rase fresh air boleh ambil chalet jenis ni..ade yang chalet jenis
batu dan beraircond..saya ambil jenis ni takut nanti bising lak hero n
heroin kalau dieorg kepanasan..dan homestay pun ade kat sini...
yang ni pintu masuk kawasan KM Chalet..ade pangkin tempat menunggu pendaftaran..owwwhh lupa nak bagitau..saya bawa sekali adik dan mak saya bersama..ramai2 baru seronok kan...
kawasan sekitar chalet dan homestay..dekat sangat dengan laut..keluar2 je dah nampak pantai..tu yang Hakim suka sangat..owwhhh dia dah jatuh chenta dgn tempat ni ye..sebabnya senang je dia berlari nak mandi laut...tu la..ibu dh kata lama2 Hakim mesti suka punye tempat ni..
pemandangan laut dari chalet yang saya duduk..Kawasan pantai ni dikira privasy sikit sebabnya kat sini cuma ada KM Chalet je yang lain2 tu adalah tapi tak komersial sangat..thats why pantai kat sini tak ramai orang..
jadi sesiapa yang berminat ingin merasa kenyamanan dan kedamaian.. dan juga ingin lari dari kesibukan kota anda bolehlla cuba di sini ye..mungkin bagi anda tempat ni tidak cukup menarik dan kurang fasiliti..tapi bagi saya kadang2 kita harus back to basic cuba rasa susah sikit walaupun tempat ni tidakla berapa selesa jika dibandingkan dengan hotel2 yang bertaraf 4 atau 5 bintang..dan tujuan saya adalah untuk meng"expose"kan anak2 kepada kawasan kampung..dan alhamdulillah banyak benda yang my hero belajar di sini..dan yang bestnya dia nak datang lagi..tapi tunggu cuti sekolah ye...