CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label frens. Show all posts
Showing posts with label frens. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Kembali Bersiaran dan Pemergian yang Sungguh Dirasai...

Assalamualaikum readers..

Lama sunggula tak menghapdet blog ini dan mesti ramai yg kata dh terkubur ke blog yang tak seberapa ini..sepi tanpa khabar berita..tapi yang sebenarnya tuan tanah ni masih lagi sihat walafiat cumanya terlalu busy dengan kerja2 harian dan tentunya dengan perniagaan baru mak...sejak jadi 'mak make up' ni mmg tak cukup masa kadang weekend pun busy tapi alhamdulillah rasa happy dan puas hati setelah tgk hasil kerja tanggan sendiri..so sesiapa yg perlukan khidmat servis mak make up ni bolehla contact2 or boleh ke sini


Hari ni genap 8 hari pemergian seorang sahabat baik di office. Arwah Zariena Abu telah kembali ke rahmatullah pada 3 June bersamaan dgn 1 Rejab yang lalu. Arwah telah menderita akibat kanser serviks..dan telah menjalani pembedahan pembuangan rahim tahun lepas tetapi dikesan masih aktif sel kansernya beberapa bulan kebelakangan ini..disebabkan sel kansernya terlalu aktif, ia telah merebak ke bahagian organ lain seperti buah pinggang, hati dan usus besarnya..

Oleh kerana keadaan arwah yg kritikal waktu itu, doktor membenarkan semua ahli keluarga dan sahabat handai untuk melawat (walaupun waktu tu arwah di wad ICU) dan doktor membuat keputusan untuk membenarkan arwah dibawa pulang ke rumah kerana keadaan arwah yg sungguh tenat dan seperti tiada harapan lagi untuk sembuh. Arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir lebih kurang jam 10.30 malam dan selamat dikebumikan pada keesokan harinya.. tiada lagi gelak ketawa dan senda guraunya kerana arwah sememangnya terkenal dengan sifatnya yg suka mengusik dan menghiburkan hati orang..Alfatihah untuk arwah Zarina Abu..



Bersama arwah..Semoga arwah tenang 'disana' dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aminnn


Wednesday, February 24, 2010

kelas memasak



















first time sebenarnya i masuk kelas memasak kak jun ni..walaupun dah banyak kali gmsb organize kelas ni dengan kak jun..banyak yang i ketinggalan.. sebelum ni ada kelas membuat aneka jenis roti, muffin, cheese cake, nasi ayam dan banyak lagila..rasa rugi pulak tapi disebabkan banyak commitment maklumla waktu tu khaleesya still baby lagi so banyak masa kena spend dengan budak kecik ni..
bila khaleesya dah besar sikit barula i boleh join dengan kelas ni atleast bila dia tinggal sekejap dengan mr hubby takdela i risau sangat..
actually berbaloi sangat masuk kelas ni sebab half or 3 quarter drp feesnya adalah subsidi dr gmsb..semua tu under gmsb clubla tu yang rasa berbaloi dan rugi sangat kalau tak join kelas memasak ni..
okla panjang lak celotehnya..so tema untuk kelas last saturday adalah western..mungkin bagi setengah orang fikir masak masakan western ni senang dan mudah tapi bagi i yang tak berapa reti nak memasak ni kenala belajor..jadinya kami belajar masak chicken chop with mushroom sauce, lamb chop with blackpepper sauce, fish and chips, mushroom soup, mashed potato and coleslow.







Saturday, February 20, 2010

makan2 sempena dapat bonus...

company lain awal2 dah dapat bonus tapi gmsb seperti biasalakan awal bulan 2 baru dapat merasa duit bonus..
jadinya sempena semua orang bergembira dapat durian runtuh ni we decided to buat makan2 and get together dengan semua staff tapi bukan semua deptla..cuma dept i and admin dept je
but i'm sure dept lain pun did the same thing and lagi meriah dari yang kami buat..

kali ni kita makan pizza hut..almaklumla semua tengah banyak duit lagi so kita makan yang special sikitla kan..

tunggu masa untuk makan...

nampak tak our chairman tu..yang badan comel tu..dia yang tukang arrange everything..daripada cari sumbangan..beli makanan..susun makanan sampaila mengemas...cayala abg roslee tu yang buat kami sayang bangat kat die tu...heheheh
psssttt..nampak tak boss i tgh tongkat dagu..bila la nak makan ni gamaknye kan

ladies tengah busy menyusun dan mengatur makanan..termasukla kak ain kita...

ice cream pun ada...yummy yummy..

cik kak sorang ni kalau dah nampak ice cream tak nampak dah benda lain..sanggup tak makan pizza sebab layan ice cream punya pasal...




Wednesday, February 10, 2010

Berkelah di Air Terjun Ulu Bendul


First time i berkelah di sini.. selalunya lalu je bila nak balik kampung mr hubby di kuala pilah. nampak menarik dan teruja dari tepi jalan raya..jadi dengan berkobar2nya kami bercadang untuk berkelah di sini dengan my office colleagues.. dah lama rasenya tidak merasa kesejukan dan kesegaran air terjun..


bila dah namanya berkelah kenala bawak bekalan untuk berkelah..makan2 dan minum2..nanti bila dah mandi manda dan dah kesejukan mestila kelaparan kan..so i decided to made some sandwiches and bread crumbs sosej..and tak lupa air sirap 'bodo'..makanan berat julia willing nak masak..nasi lemak ayam goreng and sambal ikan bilis..rasenye itupun dah cukup untuk kami berpicnic dan bersantai...

bekalan makanan kami..


beria2 betul bila kaum bapa duduk bersembang...


masa untuk mandi manda...grrrr sejuk betul...



hakim mula2 malu2 kucen dgn anak one of my fren..last sekali..tua dia..siap berpimpin tangan tu

Thursday, November 19, 2009

membalas pemberian...

dah lama sebenarnya nak membalas pemberian laksa johor tempoh hari
tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan, jadi ia tertangguh
dan dengan semangat yang rajin dan berkobar2,
semalam i buat triffle.
alkisahnya 2 or 3 minggu lepas wife boss i bawakan i laksa johor
since dia bawak g office masa makan2 dulu i wasn not around...cuti..
memang sedap sungguhla laksa johornya itu..
kalau nak ikutkan i memang kurengla nak makan laksa johor ni
sebab rasa cam cepat kenyang dan muak
tapi i dah terjatuh hati dengan laksa johornya itu
bila mula2 boss i bawak g office..memang marvellous
jadi sebagai tanda terima kasih atas pemberiannya itu
(ingat jugak dia kat anak buah dia sorang ni..tq boss..
sampai ramai yang jelesla kenapa boss bagi i sorang je..
boss sayang i la
tu..huahuahua..perasannya)

..i buatkan triffle..


buat 2 bekas..
satu bekas tuk boss dan satu bekas lagi tuk kengkawan yang kat office tu..
dan hasilnya...licin dan sehingga menjilat jari..hehehehe
dan yang pastinya semua kata sedap dan marvellous..
kembang makcik jap kena puji...kwangkwangkwang...

Sunday, November 15, 2009

Istana Hotel Red Carpet


...we roccckkkkkk babeehhhh...
hotel istana telah diserang dengan rockers2..everybody are rockkk..
so tak nak cakap banyak layan jela dengan rockers2 ni....


odah, zam, niena and me...zam memang daring habissss...siap pakai gincu and kuku hitam

myself and julia..2nd women best dress..lip lap dengan baju batu2 die tu...

minah2 rock...agak2 boleh buat cover album tak

jejaka2 perasan rock..konon pose camtu boleh jualla album tu..

yeaaahhhhh...rock..rock...

memang layan habisss...walaupun tak dapat lucky draw but we really enjoy with the performance...


Monday, October 5, 2009

Berbaloi baloi


saya berazam raya tahun ni kalau tiada aral melintang akan menghadirkan diri di semua rumah terbuka yang di jemput. walaupun ada hal tapi seboleh2nya cuba untuk memenuhi jemputan tersebut melainkan hal2 yang mmg tidak boleh dielakkan.


makanya weekand lepas kami sekeluarga kepenatan disebabkan berhari raya sehingga larut malam tapi sememangnya rase puas hati sgt sbb dapat ke rumah kawan2 dan yang bestnya dapat berkumpul dengan kawan2 lain. bukan senang nk dapat masa begini.


nak tau mana rumah terbuka yang saya dh pegi??..mula dr hari jumaat lepas dr lunch hour ke putra height kemudian lepas office ke sec 20 shah alam pula. sampai rumah kul 9.00 malam. penat nya ya amat.


hari sabtu pula kami pergi open house dlm taman tu dulu kemudian petang ke rumah zana di puchong. Jammed boleh tahanla LDP mungkin semua duk pakat buat open house agaknya dan setelah ke puchong saya ke shah alam rumah kak chumil..semuanya kawan se-office saya.balik rumah dalam pukul 10.00 malam..kepenatan tapi puas hati sebab perut kenyang hehehehe...


dan yang paling best semalam..tengah hari ke rumah ramli (kawan office) di desa pandan. rumah ni best sebab ade kambing golek. My hubby duk pulun kambing je dan Hakim yang tak pernah2 makan kambing pun boleh terminat lak..Asyik muka kami je yang ke kaunter kambing tu. Ok dr KL kami ke Semenyih. ni rumah kawan hubby makan laksa..mmm yummy tapi sbb perut dh penuh dengan kambing dan nasi lemak tadi so saya jamah sikit jela. lepas ke semenyih kami ke seremban lak..mmg jauh tul perjalanan. ini ke rumah kawan juga, makan lagi dan kambing jugak. ini pun saya jamah sikit je sbb badan pun dah kepenatan dan di tambah pulak mata dah semakin layu..balik sampai rumah pukul 11.00 malam


Itula aktiviti kami hujung minggu lepas dan baru sebentar tadi dapat call jemputan open house jugak di Klang lepas office hour..Seronok mmg seronok tapi kena tanya en suami dulu sama ada dia free atau tidak..


Walaupun penat menghadiri jemputan orang tapi memang berbaloi baloi..





Wednesday, September 2, 2009

Finally XNilam

betapa gamatnya restoran po' sen dengan keriuhan suara-suara ex nilam sampai ramai pengunjung lain yang menoleh ke arah kami tapi lantakla sekali sekala berkumpul..standardla tu..
walapun tak semua yang dpt datang (mungkin busy dengan family or what so ever..) tapi 10 orang bisa menggegarkan restoran itew...



makan-makan sambil mengimbau kenangan zaman sekolah memang syookk, asyik tergelak je..yeala bila teringat balik memori2 lama dengan cikgu2 dan kawan2 rasanya satu malam pun tak habis..so kita layanzzz jela gambar2 ni


since today is my bezday, so i got surprise...oooo tq tq



frm left: Abg ross (gelaran yang diberi waktu sekolah dulu) yang dulunya seorang tomboy sekarang dh jadi perempuan melayu terakhir. Cun kan. Farra dh semakin sihat skrg, senang hati gamaknya and Liza with her family



mengabadikan kenangan bersama rakan rakan sekolah. sume dah jadi isteri orang dan mak budak..upppsss except fazie n gjie..hhmmm tak berubah2 dieorang ni. The havoc tomboy in nilam class



last but no least..berposing sebelum pulang..Hope to see u alls again n u r the best frenz ever. Adioosss...