CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Hakim. Show all posts
Showing posts with label Hakim. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Hari ke 2

Alhamdulillah..kita sudah melangkah setahun lagi..selamat tinggal pada tahun 2011 dan masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012..bermulanya era baru dalam kehidupan..Insyaallah semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelum..

Alhamdulillah hari ini sudah hari ke 2 bermulanya persekolahan harap semuanya berjalan dgn lancar..dan juga hari kedua hero saya sudah bangun awal pagi..menunggu van menjemputnya ke sekolah..insyaallah harap dia enjoy dgn rutin harian nya..

Dan sudah 2 hari juga saya bercuti semata2 ingin menguruskan dan memastikan semua perancangan untk hero saya berjalan dengan lancar..dari segi van yg menjemputnya pergi ke sekolah kebangsaan dan pulang ke transit..dan juga dari transit pergi dan pulang dari sekolah KAFA..

Setakat semalam keadaan agak kelam kabut mungkin sebab tak biasa dengan keadaan yang baru dan van sekolah juga agak lambat menjemput hero dr sekolah keb. mungkin juga semalam hari pertama dan keadaan jalan raya memang sesak dengan ibu bapa yg menghantar anak2 termasukla ibu si hero ni...

Harap keadaan hari ni lebih baik dan sempurna dari semalam..




Hari pertama di sekolah semalam..Cikgu bagitau 3 minggu pertama ni tak belajar secara formal lagi..Cikgu bagi lebih pendedahan pada kawasan sekolah dan seisi suai kenal antara cikgu2 dan murid2..

Friday, December 30, 2011

Orientation Day

 2..3 hari ni rasa sangat berdebar2 macam nak ambil exam SPM lak..sbb nye hari ni adalah hari orientasi untuk my hero yang akan masuk tahun 1 next year (aahhh tinggal bape hari je lagi kan...) macam2 perasan yang bercampur aduk..excited pun ye sbb dah hampir 7 tahun i and mr hubby membesarkan hero sorang ni macam2 dugaan yg kami lalui dan tempuhi maklumla anak pertama dan seboleh2nya we want the best for him..we try to be as good as what our parents did to us last time..insyaallah..

and rase takut pun ade..boleh ke my hero ni sesuaikan diri dgn suasana persekolahan..kindie and primary school is totally different..and the most important thing is he must be independent..mungkin sesetangah parents berfikir tu sume perkara biasa yang harus dilalui..yess betul..sama jugak masa zaman kita kanak2 dulu masa nak masuk darjah satu and maybe our parents also had a same feeling like me when they sent their kid 1st day to school..macam2 perasaan ade..

Thus i am working mother so i have to let go my hero independently..whereas after sekolah kebangsaan seisi pagi, dia perlu ke sekolah agama pulak di seisi petang dan sementara menunggu van datang untuk ke sekolah agama my hero kena transit di day care untuk mandi, makan dan bersiap semua sebelum ke sekolah agama.. and after school end he have to wait for the van to bring him back to day care..hopefully he can coupe with this scenario..i am very sure he will being tired in 1 or 2 weeks but insyaallah dia akan biasa dengan keadaan sebegini...

Okkaayyy..no more ramblings..lets enjoy the pics on his orientation day...



rambut tetap maintain pacak...


need to know which class..cari dan mencari nama hero ini...



finally its Zamrud..


in the class..muka serius babe..tak buat pe pun..just coloring je..

Saturday, December 3, 2011

Back to Nature???

Percutian yang kami pergi baru2 ni. saje je saya pilih tempat di kampung2..jauh dari kesibukan kota dan kesesakan jalan raya..tambahan pulak hero n heroin tak pernah rasa macam mana duduk kampung dan enviroment kawasan kampung...

Jadinya destinasi kali ini saya pilih di Kuala Linggi, Melaka..actually tempat ni dah beberapa kali juga saya pergi bersama family ketika arwh ayah masih ada lagi dan ketika itu saya masih belum berkahwin dan selepas berkahwin tak pernah lagi jejak di kampung ni..hampir 8-9 tahun jugakla tak datang sini..memula tu risau gak takut tempat ni dah berubah atau pun dah membangun ke..

Tapi ternyata kawsan sekitar masih seperti dahulu..keamanan dan kesegaran kampung masih tidak berubah..cuma sedikit pembaharuan di kawasan chalet je itupun untuk keselesaan pengunjung2..yang penting lautnya tetap best...

 
 rumah ni saya pernah ambil gambar 8 tahun yang lepas dan keadaan rumah ni masih macam dulu lagi tetap tak berubah..dan rumah ni jugak banyak di jadikan lokasi penggambaran drama..masa kami sampai pun ada shooting drama di kawasan kampung ni..femes gak la tempat ni..



nampak lenggang dan sunyi je kampung ni kan..rasa tenang sangat kat sini takdela hari2 nak harungi jammed kat highway..

  

pagi2 kami round2 satu kampung..jalan kaki je bukan besar sangat pun kampungnye..Hakim mula2 sampai sini susah sikit penerimaan nya dia cakap "tak bestla tempat ni ibu..nape nampak buruk je hotel ni"..tu la dia bila tak biasa duk kampung..tambah pulak saya dan mr hubby takde kampung memasing rumah parents kawasan perumahan so memang anak2 tak pernah duduk kampung kalau ade pun rumah tok nyang die..tu pun jarang2 balik..tu yang saya saje bawak dia rase duduk kampung..


  

ni lagi antara rumah2 melaka yang ada kat kampung ni..saya suka sangat tgk rumah2 melaka ni..nampak keseniann dan keasliannya dan yang bestnya rumah2 melaka ni terkenal dgn tangga2 rumah yang menarik dan berwarna warni..yang penting tangga kena vouge..baru kerlassss



 
 lembu pun banyak di kampung ni..bukan je lembu binatang2 ternakan lain pun ade..kambing..ayam..binatang yang tak pernah hero n heroin tgk bila di KL

 

 bila dah penat pusing2 satu kampung..kami breakfast dulu kat warung tepi jalan ni..nampak sempoi sangat tapi boleh tahan ramai gak yang minum kat sini..


 nila kawasan chalet yang kami duduk..namanya KM Chalet.. kat sini ada perlbagai jenis chalet..ade yang rumah kayu tanpa aircond..ni sapa yang mahu rase fresh air boleh ambil chalet jenis ni..ade yang chalet jenis batu dan beraircond..saya ambil jenis ni takut nanti bising lak hero n heroin kalau dieorg kepanasan..dan homestay pun ade kat sini...

 
 

 yang ni pintu masuk kawasan KM Chalet..ade pangkin tempat menunggu pendaftaran..owwwhh lupa nak bagitau..saya bawa sekali adik dan mak saya bersama..ramai2 baru seronok kan...




 kawasan sekitar chalet dan homestay..dekat sangat dengan laut..keluar2 je dah nampak pantai..tu yang Hakim suka sangat..owwhhh dia dah jatuh chenta dgn tempat ni ye..sebabnya senang je dia berlari nak mandi laut...tu la..ibu dh kata lama2 Hakim mesti suka punye tempat ni..






pemandangan laut dari chalet yang saya duduk..Kawasan pantai ni dikira privasy sikit sebabnya kat sini cuma ada KM Chalet je yang lain2 tu adalah tapi tak komersial sangat..thats why pantai kat sini tak ramai orang..


jadi sesiapa yang berminat ingin merasa kenyamanan dan kedamaian.. dan juga ingin lari dari kesibukan kota anda bolehlla cuba di sini ye..mungkin bagi anda tempat ni tidak cukup menarik dan kurang fasiliti..tapi bagi saya kadang2 kita harus back to basic cuba rasa susah sikit walaupun tempat ni tidakla berapa selesa jika dibandingkan dengan hotel2 yang bertaraf 4 atau 5 bintang..dan tujuan saya adalah untuk meng"expose"kan anak2 kepada kawasan kampung..dan alhamdulillah banyak benda yang my hero belajar di sini..dan yang bestnya dia nak datang lagi..tapi tunggu cuti sekolah ye...

Wednesday, November 30, 2011

Mandi lawooottt...

Dah lama sebenarnya hero n heroin request nak mandi laut..tambah2 my heroin selalu duk cakap "adek nak mandi lawoottt"..

Tapi disebabkan mak pak dieorg ni busy memanjang tu yang terpaksa abaikan permintaan mereka2 ini..kesian pulak tgk asik sibuk hal masing2 je sampai terlupa kejap ..tu yang kebetulan school holiday has started and Hakim pun dah settle dgn his schooling so i and mr hubby decided to bring them somewhere yg ade lawoott..


Tak jauh pun..kami gi melaka je..itupun bukan center of Melaka..sempadan Negeri Sembilan and Melaka..keadaan tak mengizinkan kami nak pergi jauh2 disebabkan cuaca yg tidak menentu sekejap panas sekejap hujan lebat..bahaya gak nak drive jauh2 kan so gi Melaka pun dah ok..janji my kids dapat berjalan dan yang penting dapat mandi lawoott...


betapa seronoknya dieorg dapat mandi laut..cam org tak pernah jumpa air lak..especially my hero..tak sangka lak i yg dia suka..before this dia mmg takut nak mandi laut..takut dgn ombak bila dtg pukul badan dia..

tapi i surprise bila dia mandi sampai tak nak naik..walaupun hujan nak turun or hari dh panas terik tetap nak berendam dalam air..kalau nak ikut kan ombak kat sini boleh tahan besar gak and bila air surut pun still boleh rase wave nya..

my heroin ni biasala..sentiasa suka dgn air dan berani walaupun dilepaskan sorang diri dia orait je tapi dengan pelampung dan pengawasan mak pak dia la..


 tgk tu..ombak boleh tahan kuat gak kan..masa ni cuaca macam nak ujan and hero insist nak turun pantai gak sebab tak puas mandi..i temankan la dia walaupun yang lain2 tgh sedap layan mata lepas puas mandi pagi tadi..

 tapi i tak bagi dia terjun takut hujan lebat nanti so i cakap ngan dia just main tepi2 pantai or main pasir je..

 ni la..yang dia buat

 bila hari dh makin gelap.. i suh dia naik atas dan balik chalet, takut nanti hujan lebat tak sempat nak berlari masuk bilik..

Bila dah 3 hari bercuti dan nak balik, mulala si hero buat muka kelat nak duk lama lagi kat sini boleh hari2 mandi laut..tapi nak buat camana tapi dah janji dgn dia cuti sekolah tahun depan kita datang lagi...barula dia senyum lebar ye...

Friday, November 25, 2011

Graduation Day..


yeaaa...my hero sudah grad..actually it held last two week together dgn annual concert, i ade cite di sini
kali ni depa buat di UPM's hall agak berlainan sikit dr tahun2 lepas..looks proper and manageable..


tak sempat nak snap gambar yg proper sikit sbb cepat sgt tu yg nampak gegar tu..tambah lak camera yg tak bape canggih.. tu yg lagi menyumbang kepada tidak ketidakjelasan gambar tersebut


teachers and students..terpaksala amik gambar belakang sikit..nampak tak yg depan2 tu sume otai2..tgkla depanye camera.. bapak panjang..malu weeeii camera kita tk de zoom mcm depa punye...


Hakim with his teacher..Teacher Dhiya..terima kasih atas tunjuk ajar dan kesabaran anda..

Wednesday, November 23, 2011

Mari Bersajak n Ohhh Moon

 Hari ni entry agak panjang dan penuh dgn gambar2 my hero n heroin semasa their annual concert last saturday, so agak2 rase boring dgn cerita ceriti ini bolehla abaikan ye dan pada yg ingin melayan entry ini..dialu2kan..layanzzzz

Okie..actually this was a last concert for Hakim and first concer for Khaleesya and i was excited sikit sbb both my hero n heroin participate..and yg membuatkan i betul2 teruja sesangat sbb my hero ni terpilih antara ramai2 student in his school untuk bersajak selain drp menyanyi..very impressive..no wonder my hero selalu sangat practice bersajak kat rumah rupa2nya dia salah sorang drp penyajak2 cilik masa concert tu..

 nila dia antara penyajak2 cilik..comel2 kan bebudak ni..sume yg berdiri tu tgh tunggu turn untuk mengeluarkan kata2 puitis...and yang duduk kat bangku2 tu akan berbalas2 pantun antara lelaki n perempuan..dah macam pentandingan berpantun la pulak..


 turn hero dh sampai..tgkla muka dia tgh bersemangat tu..

 siap gaya dan memek muka..

 dah habis turn, kena berdiri kat tepi sampai semuanya settle..i mmg salute n respectla kat their teachers, boleh handle 6 years old students dgn performance yang very2 smooth n perfect without helping from their teachers..and yg i surprise sgt kalau u olls nk tau sume boys kat dlm pic ni adalah antara budak2 yg selalu memeningkan kepala tcrs dieorg n wanted termasukla my hero..mmg 5 org budak nakal ni selalu buat kacau dan buat havoc kat sekolah dan selalu sgt tcr dieorg bg tau perangai hero dgn geng2 dia nie..tapi yg paling bestnya 5 heroes ni diberi tugas yg berat masa concert ni and they delivered successfully..mmg i tabik springla kat all the tcrs..and of coz to my hero gak la..


dan yang ni lak was their second performance..its koir..

 yang ni pun best gak..bukan macam koir biasa yg selalu budak2 sekolah menyanyi tu..but its like koir yg ada nada tinggi dan rendah..maksudnya this group sing high note but in the same time the other group sing low note pulak..cam yg selalu kita dgr koir kat Philharmonic..


 lagunya Ohhh Moon..n yg ni pun i impress sgt dgn budak2 n trcs dieorg .. i tell u best gile koir ni n i wonder gak camanela cikgu2 nk handle budak2 ni before this concert..its not an easy job..kita pun termengah2 nk handle yg dua kerat ni tambah cikgu2 yg nk jaga berkerat2..fuuhhhh maunya naik darah tingginya..but overall mmg super duper superb..well done to all..i will update the vid later..

and last but not least..my princess la sapa lagi..

juz simple performance je..

my heroin..peace yaww..

itu jela antara cerita ceritinya..actually annual concert ni sekali dgn graduation day for 6 years..tapi nnti i update another entry ye..kang ade lak yg muntah belilak ni kang baca entry n tgk gambar yg panjang2 ni..till then..chiaaoowww...


Monday, November 21, 2011

baru beberapa jam..


sudah rindu sama my hero n heroin..
sbbnya dieorg telah di kidnap oleh MIL n FIL 
balik seremban ptg tadi..
seronok betul depa ye
melompat2 bila tau atuk n wan nak dtg
dan nak bawak balik kampung
waaaa..walau baru berapa jam dieorg tkde
mak dah windduuu sama anak2 mak..
tak tau lagi bila nak balik sini
boleh gile mak weehh...

Saturday, November 12, 2011

Turun Temurun..





Dah jadi turun temurun kedai jahit Chin ni pada family in law sebabnya kat sini la mr hubby and his siblings beli baju sekolah sejak darjah satu lagi dan sekarang telah menurun kepada cucunya..hehehe lama tul kedai ni bertahan kan..dah berpuluh tahunla..

since heroin will be standard 1 next year, my in law kata beli kat kedai Chin ni sebabnya kualiti kainnya amat berbeza dengan kain baju sekolah yg di jual di kedai2 lain..and also kat sini jugak dia boleh buat altering..kalau seluar or baju tu panjang immediate dia boleh alter..senangla tak yah kita nk alterkan..


biasa je kedai dia sebenarnya..kecik je tapi ramai gakla yg dh start beli baju sekolah..my MIL kata kalau lambat banyak saiz dah habis..tu yang i decide nak beli awal2..sebab badan hero boleh di kategorikan sebagai small saiz so takut kalau lambat nnti saiz takde..


Auntie ni still kenal my MIL lagi walaupun dh lama tak jumpa and dia pun surprise jugak sbb my MIL still beli lagi baju sekolah untuk cucu dia kat sini.. very nice and friendly..that is why bisnes dia boleh bertahan sampai hari ni walaupun macam2 brand and macam2 tempat yg ada jual baju sekolah ni tapi orang2 Seremban still lagi cari di kedai ni..sebabnya dieorg jaga kualiti baju and harga pun berbaloi..di tambah dengan servisnya yang sungguh cekap..seluar hero tak payah tungguh lama untuk alter..sekejap je dh siap..sungguh efficient


Hakim with his school uniform..Mak yang excited anak mak nak g sekolah..layanzzz