CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

2nd Qtr Lunch Gathering

Dah jadi my dept tradition to have luncheon gathering and birthday celebration every quarterly and for this time we had our lunch at JM Beriani Bukit Kemuning. Had tried with beriani daging before, and for me yang kureng suka beriani ni bolehla terima if compared with any beriani from any mamak restaurant yang terlalu banyak guna rempah ratusnya.

This time saje nak try beriani with kuzi kambing and fresh mango juice and also with tauhu bakar and pecal. Bab2 makan ni memang sume licin takut dgn boss kalo tak abis kang dia bebel..hehehe and lastly we had cake cutting for those who celebrate their birthday on this period time..Yang pastinya semua org kekenyangan dan kegembiraan...






i pun tak tau camana i boleh terselit di celah2 kaum lelaki itu..







sibuk nk amik gmbr ngan hanphone yg tak bape canggih tu...







serious discussion...



my boss yg duk tgh tu ye..Kiri kanan dia tu adalah org kuat dia..



semua org seronok dpt mkn free..

Saturday, June 18, 2011

Jalan-Jalan Tengok Rumah...


Hari Sabtu adalah hari untuk bersantai dan bermalas2an..kebetulan this week tak sibuk sgt so bolehla memalaskan diri di rumah...

Lepas je breakfast mr hubby suggest untuk tgk show house yang baru je started construction at our house area..the new township ni mmg exclusive gile surrounding with lake ala2 buatan manusia..previously it was bekas lombong lama and telah di naiktarafkan menjadi township sesuaila dgn namanya D'island..mmg betul2 macam atas pulau..dikelilingi oleh tasik buatan..syokkk betul..kalo la dapat beli rumah kat cni..mesti rasa macam duduk di pulau..tapi harga sebijik rumah tu jgn cakapla..almost RM1.4 million ye..kalau takde income RM15-20 thousand sebulan jgn mimipila nk duk rumah camni...jom tgk...


rumah 3 tingkat yang harga above 1 million..tapi almost dah separuh dah dijual..

pemandangan dari balcony atas..bukak2 nmpk tasik..angin sepoi2..



bilik airnya mmg besar gila siap dgn bath tab and jacuzzi

interior design...






the whole tingkat 3 adalah master bedroom dan toilet sahaja..bayangkan besar tak besar..tapi mmg best sbb privacy and org lain tk boleh naik tingkat atas sekali hanya owner of the house je..so guest yg dtg boleh lepak di tingkat dua..


Saturday, February 20, 2010

makan2 sempena dapat bonus...

company lain awal2 dah dapat bonus tapi gmsb seperti biasalakan awal bulan 2 baru dapat merasa duit bonus..
jadinya sempena semua orang bergembira dapat durian runtuh ni we decided to buat makan2 and get together dengan semua staff tapi bukan semua deptla..cuma dept i and admin dept je
but i'm sure dept lain pun did the same thing and lagi meriah dari yang kami buat..

kali ni kita makan pizza hut..almaklumla semua tengah banyak duit lagi so kita makan yang special sikitla kan..

tunggu masa untuk makan...

nampak tak our chairman tu..yang badan comel tu..dia yang tukang arrange everything..daripada cari sumbangan..beli makanan..susun makanan sampaila mengemas...cayala abg roslee tu yang buat kami sayang bangat kat die tu...heheheh
psssttt..nampak tak boss i tgh tongkat dagu..bila la nak makan ni gamaknye kan

ladies tengah busy menyusun dan mengatur makanan..termasukla kak ain kita...

ice cream pun ada...yummy yummy..

cik kak sorang ni kalau dah nampak ice cream tak nampak dah benda lain..sanggup tak makan pizza sebab layan ice cream punya pasal...




Sunday, October 25, 2009

pancake for breakfast

disebabkan hari ni hari mnggu, pepagi lagi saya dah mula membuat kerja2 housekeeping sementara my kids still in bed. kalau depa dah bangun dah tentu amat susah sikit nak mengemas rumah..banyak kerja akan terganggu disebabkan gangguan mereka..

normally when sunday me n family akan berbreakfast di luar..kedai mamak or kopitiam is our favourite tapi memandangkan kerja2 mengemas rumah telah dijalankan, so we decided to having breakfast at home je..

so apalagi pancake la jadi pilihan, cepat dan pantas tambah pulak ahkak dah penat mengemas..pilih masakan yang simple je...hehehehe..




Monday, October 5, 2009

Berbaloi baloi


saya berazam raya tahun ni kalau tiada aral melintang akan menghadirkan diri di semua rumah terbuka yang di jemput. walaupun ada hal tapi seboleh2nya cuba untuk memenuhi jemputan tersebut melainkan hal2 yang mmg tidak boleh dielakkan.


makanya weekand lepas kami sekeluarga kepenatan disebabkan berhari raya sehingga larut malam tapi sememangnya rase puas hati sgt sbb dapat ke rumah kawan2 dan yang bestnya dapat berkumpul dengan kawan2 lain. bukan senang nk dapat masa begini.


nak tau mana rumah terbuka yang saya dh pegi??..mula dr hari jumaat lepas dr lunch hour ke putra height kemudian lepas office ke sec 20 shah alam pula. sampai rumah kul 9.00 malam. penat nya ya amat.


hari sabtu pula kami pergi open house dlm taman tu dulu kemudian petang ke rumah zana di puchong. Jammed boleh tahanla LDP mungkin semua duk pakat buat open house agaknya dan setelah ke puchong saya ke shah alam rumah kak chumil..semuanya kawan se-office saya.balik rumah dalam pukul 10.00 malam..kepenatan tapi puas hati sebab perut kenyang hehehehe...


dan yang paling best semalam..tengah hari ke rumah ramli (kawan office) di desa pandan. rumah ni best sebab ade kambing golek. My hubby duk pulun kambing je dan Hakim yang tak pernah2 makan kambing pun boleh terminat lak..Asyik muka kami je yang ke kaunter kambing tu. Ok dr KL kami ke Semenyih. ni rumah kawan hubby makan laksa..mmm yummy tapi sbb perut dh penuh dengan kambing dan nasi lemak tadi so saya jamah sikit jela. lepas ke semenyih kami ke seremban lak..mmg jauh tul perjalanan. ini ke rumah kawan juga, makan lagi dan kambing jugak. ini pun saya jamah sikit je sbb badan pun dah kepenatan dan di tambah pulak mata dah semakin layu..balik sampai rumah pukul 11.00 malam


Itula aktiviti kami hujung minggu lepas dan baru sebentar tadi dapat call jemputan open house jugak di Klang lepas office hour..Seronok mmg seronok tapi kena tanya en suami dulu sama ada dia free atau tidak..


Walaupun penat menghadiri jemputan orang tapi memang berbaloi baloi..





Wednesday, September 30, 2009

Tips Kekal Langsing



Setelah berhari raya sakan dan yang pastinya setelah menikmati semua juadah hari raya, dari raya pertama sehingga hari ini dan di tambah pula jemputan2 open house yang semakin bertubi2 jadi sudah tiba masanya untuk kita mengawal semua pemakanan kita.

pendek kata masa untuk DIETTTT..actually bukanla diet tapi mengawal corak dan cara pemakanan kita. so dengan semangat jitu dan satu kemalaysiannya itu (cehhh ade kena mengena ke..) saya sertakan tip2 atur cara pemakanan yang sihat. layanzzzz..

SARAPAN PAGI

a) Ambil buah buahan
setiap menu sarapan perlu disertakan dengan buah2an kerana serat yang terkandung dlm buah2an akan membuat anda cepat kenyang.

b) Ada karbohidrat
mengambil kabohidrat dlm setiap hidangan dapat memberi tenaga, membantu meningkatkan metabolisme dan membakar kalori dengan efektif.

c)Pilih menu serat tinggi
makanlah buah2an, sayur2an, roti, gandum, oat atau bijirin kerana makanan ini rendah lemak

MINUM PETANG (KUDAPAN)

a) Pilih snek yang mengenyangkan
Makanlah kacang kerana ia mengandungi protein, lemak sihat, serat, vit E dan magnesium. Mengunyah kacang dpt mengawal rasa lapar tetapi jgn melebihi kerana boleh membuatkan anda gemuk

b) Elak minuman bergas
lebih baik pilih air mineral drp minuman bergas

MAKANAN TENGAHARI

a) Mulakan dengan buah
mengambil sebiji epal sebelum makan tengahari dpt menurunkan berat badan kerana buah membuatkan anda cepat kenyang

b) Makan seorang diri
seseorang lebih cenderung mengambil makanan lebih banyak apabila makan bersamakawan2

c) Pilih sup sahaja
selain cepat kenyang, jumlah kalori lebih sedikit berbanding makanan lain

d) Protein mesti ada
protein perlu untuk meningkatkan metabolisme badan seperti ayam, daging tanpa lemak atau kekacang

e) Makan secara perlahan
apabila mengunyah secara perlahan akan membuatkan perut anda cepat kenyang dan membantu mengurangkan jumlah makanan.

MAKAN MALAM

a) Mulakan dengan salad
Apabila anda mulakan dengan salad secara tidak langsung anda mengurangkan kalori antara 12% berbanding anda tidak mengambil salad

b) Gunakan pinggan kecil
semakin besar pinggan digunakan semakin banyak makanan di isi. jadi lebih baik menggunakan pinggan yang kecil

c) Nikmati coklat
setelah makan malam cuba nikmati coklat, puding atau kek coklat kerana perasa coklat akan membuatkan anda cepat muak dan dpt mengelakkan mengambil kudapan atau snek. tetapi hadkan pengambilannya

d) Akhiri dengan air suam
tingkatkan metabolisme badan dengan minum air suam kerana ia boleh membakar kalori dalam proses penghadaman


Jadi apa lagi lepas ni sama2 la kita menjaga dan mengawal cara pemakanan kita untuk kekal langsing...waallllaaaaaa...


Saturday, September 5, 2009

Sup Gear Box















Nak pegi mana sebenarnya makcik ni??. bukan main lagi beriya. Tengah drive pun boleh senyum sensorang ke. memang syok sendiri..

Winnkkk..mmmm yummy yummy..yang sebenarnya inila die beria2 drive dr shah alam ke bangi sebenarnya nak berbuka puasa dengan ini..Do you have any idea what is this..tau???..tak tau???

Inila sebenarnya sup Gear Box..Tau tak apa sup gear box??..Before married i never know bout this menu. apa kebendanya gear box tu. but since we coupled a few years back en suami memperkenalkan i dengan sup ini dan tempat ini. kami selalu makan dan berbuka puasa di sini since we stayed in kajang but after moved to Puchong memang jarang sangat nk pegi tempat ni.

dan semalam cam kami tergerak nk berbuka di sini altough highway started to jammed but kerana gear box ku gagahkan juga. well actually gear box tu adalah sebahagian daripada anggota lembu iaitu lututnya. itu sebabla saiznya terlalu besar sampai penuh meja dengan hidangan ini sahaja. dan rasenye???...marvellousss...memang the best in town..

so sesiapa tak tahu dan tahu dan berminat ingin mencuba silala ke Warung Dusun Sup Gear Box di Bangi. Dulu restoran ni kecik je tapi sekarang dah berkembang maju dan semua makanan kat sini best best belaka..(wahh lebih2 lak promote..ada share ke??) dan Dr Fazilah Kamsah is one of their regular customer. setiap kali i pegi mesti jumpa die..

Friday, July 17, 2009

Jom Makan Makan


Blossommmm…We had Dept lunch yesterday..Sorry tak sempat nak update semalam. Busy sikit. Basically the lunch for Zamri farewell (he just joint GMSB a month ago and will leave to join Petronas..bertuah badan..) and staff bezday celebration. Banyak gilosss makan walaupun juz makan kat Ayam Kampung Hj Hassan je tapi semua balun…I guess others also enjoy..makan2..So apalagi layanzzzzz je gambar2 nie…sebelum makan..cantik dan teratur

selepas makan..licin..

bila la nak start makan ni kan..makcik dah tak sabar ni

lepas makan seisi pemberian hadiah

rasa dalam ramai2 tu akak yang paling menyerlah..menyerlah sbb baju..woww striking gilozz