CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

The Walking Dead

Sudah terjebak sama ini cerita daaa...I jarang nak follow cerita2 bersiri ni malas nak ikut sbb tau i mmg takkan mampu nak follow every week kadang2 tu terlupa la tertido la (alasan ni biasala...hehehe) and yang selalunya akan berebut tv dgn my hero..dia nak tgk cerita dia yg i nk follow cerita yg i tgk so tak kuasa nk gaduh2...

Tapinya sejak 1st episode i tgk The Walking Dead ni i sudah mula nak tgk yg 2nd episode dan tak sabar2 nak tgk yg 3rd episode..and yg paling best sekali my hero pun sukak jugak tgk cite zombie ni takyahla mak nak berperang dgn dia ya..walaupun skrg ni season 2 tapi tak kisahla i gagahkan jugak google pasal season 1 or else cari je cd..nak tau camana Rick Grimes and gangs boleh survive dr "walkers" and camana wabak tu boleh spread out...


Sapa nak tau actually cite ni pasal apa..juz read this

The Walking Dead tells the story of the aftermath of a zombie apocalypse; it follows a small group of survivors, traveling across the desolate United States in search of a new home away from the shuffling hordes of the undead (or "walkers" as they are called by the survivors). The plot is focused primarily on the human element of a post-apocalyptic world and the way the struggling human survives. The group is led by Rick Grimes, who was a sheriff's deputy in a small Georgia town before the zombie outbreak. As their situation grows more hazardous, the group's desperation to survive pushes them to the brink of insanity. At every turn they are faced with the unbearable horrors that come from having the dead walk again, the changing dynamic of their group, as well as facing hostility from the scattered remains of a struggling human populace who are focused on their own survival, now that the structures of global society have collapsed.


and now i tgh tgk season 1 thru tenet..rase tak puas hati tetiba tgk season 2 banyak question mark dlm kepala..dan i tak tgk sorang je i ade teman..cite horror kan mestila ade geng tak syok la tgk sorang2 nak menjerit pun ade kawan..hehehe nak tau sapa teman setia i....


my hero la sapa lagi...


Tuesday, July 19, 2011

Pancake for breakfast

LinkDisebabkan masih lagi bercuti, hari ni merajinkan diri untuk prepare breakfast..hanya untuk heroin and i je yang ada di rumah ni..yg lain menjalankan aktiviti ke sekolah dan ke temppat kerja seperti biasa..ala bukan breakfast yang heavy pun senang dan simple je..itu pun sbb tak tau nk breakfast apa so i just made easy peasy pancake ni..Dapat resepi drp dapur Mat Gebu..so easy and simple..pada yang ingin cuba here is the recipe

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

Saturday, July 2, 2011

Kari Ikan..

...sambal belacan yang takde belacan dan ulam kacang botol untuk hidangan tengah hari Sabtu..Hari ni kena masak awal sebab hero n heroin ada sport rehearsal pagi2 lagi so bila balik nanti surela sumenya kelaparan kan so lepas je hantar hero n heroin ke school i and mr hubby had breakfast at our house area and terus je beli barang2 for cooking..




By the time they finished their rehearsal, i completed my fish curry and sambal belacan yg takde belacan..why takde belacan??? sbb mr hubby takleh makan belacan becoz of his sinus..kalo makan belacan ada yang tak berhenti bersin sampai ke malam ni..so terciptala sambal belacan yang takde belacan...Happy Saturday guys...


Thursday, June 23, 2011

Chootttiiii....


Disebabkan masa school holiday hr tu me n family tak kemana sbb sibuk ngan wedding, makanya kenala menqadakan masa yg lalu ke masa sekarang..bawak hero n heroin jenjalan.. tak jauh pun..atleast they enjoy..so we will off to somewhere tomorrow morning...ok peeps enjoy ur weekend...

Monday, June 20, 2011

Jalan2 Tengok Hotel


wah wah wah..minggu ni mmg minggu berjalan ye hari sabtu jalan2 tgk rumah..hr ahad lak kita upgrade sikit..jalan2 tgk hotel..hehehe cam pelik je bunyinyakan tp itula aktiviti kami.
ni sume mmg plan mr hubby.. melalui kawan mr hubby dia bwk kami tour dlm Palace of the Golden Horses..wah bunyi cam menarikkan jarang org nk bwk tour jalan keliling hotel and di tambah lak naik taxi boat lagi dr PGH ke Mines Hotel..syiioookkk

tgkla hero n heroin..jadi jakun jap sbb keliling lobby hotel tu penuh ngan kuda..nama pun palace of the golden horses kan mestila byk kuda..

kami di bawa menaiki taxi boat dr PGH sampai la ke Mines Hotel whick took about 10-15 minutes je..walaupun sekejap tp hero n heroin sungguh teruja..


inilah dia taxi boat yg kami naik..boat ni beroperasi dr pagi smpi kul 10 mlm dan akan setiasa ada selang setengah jam

sinila area Mawi kawin dulu...

ha..naik dh boat..



kediaman Tun Dr Mahathir di Mines..

yang ni adalah pantai buatan di Mines Hotel..nampak cam kat tepi lautkan...


hero n heroin beria2 nk mandi kat cni tak bleh tahan nampak air rase nk terjun siap suh mr hubby balik umah dulu ambil swim wear..tp nk buat camana next time kita stay sini boleh mandi puas2...

tk dapat mandi..main pasir pun jadila..pasir ni is original beach sand yg di import dr Australia..selama ni pun mmg tk tau kat dlm Mines Hotel ni ada pantai buatan..

dh habis berjalan kami pun patah balik ke PGH..seronokla..sblm balik kami diberi voucher 2D 1N at PGH sebagai complimentary...best...dapat berjalan2 dan dapat voucher..

Saturday, June 18, 2011

Jalan-Jalan Tengok Rumah...


Hari Sabtu adalah hari untuk bersantai dan bermalas2an..kebetulan this week tak sibuk sgt so bolehla memalaskan diri di rumah...

Lepas je breakfast mr hubby suggest untuk tgk show house yang baru je started construction at our house area..the new township ni mmg exclusive gile surrounding with lake ala2 buatan manusia..previously it was bekas lombong lama and telah di naiktarafkan menjadi township sesuaila dgn namanya D'island..mmg betul2 macam atas pulau..dikelilingi oleh tasik buatan..syokkk betul..kalo la dapat beli rumah kat cni..mesti rasa macam duduk di pulau..tapi harga sebijik rumah tu jgn cakapla..almost RM1.4 million ye..kalau takde income RM15-20 thousand sebulan jgn mimipila nk duk rumah camni...jom tgk...


rumah 3 tingkat yang harga above 1 million..tapi almost dah separuh dah dijual..

pemandangan dari balcony atas..bukak2 nmpk tasik..angin sepoi2..



bilik airnya mmg besar gila siap dgn bath tab and jacuzzi

interior design...






the whole tingkat 3 adalah master bedroom dan toilet sahaja..bayangkan besar tak besar..tapi mmg best sbb privacy and org lain tk boleh naik tingkat atas sekali hanya owner of the house je..so guest yg dtg boleh lepak di tingkat dua..


Tuesday, August 10, 2010

Kenduri

Last week kami balik seremban sebab my PIL buat kenduri bacaan yassin dan tahlil. dah lama rasenye tak balik kampung walaupun nampak dekat tapi disebabkan masa membataskan segalanya jadi sungguh jarang sekali kami balik kampung. Tambahan pulak sejak adanya butik Sanggar Gemalai lagila busy..setiap weekend ada je customer datang untuk appointment sebabnya butik tu buka on weekend je so sapa2 nk dtg kena buat appointment dulu..buat masa sekarang ni tak de sapa yang jaga butik tu maksudnya i tak hire pekerja lagi yela..baru nak start takkan nak terus2 ade pekerjakan..relax dulu tengok kalau dah boleh maju dan banyak sales then barula hire pekerja..skrg ni sapa nak bayar gaji depa tu...issshhh tak sanggup mak...

Okay2...banyakla melalut malas nak cakap banyak kita layan jela gambar lagipun dah lama i tak buat n3 kan...


tgkla anak dara i ni...dah pandai posing skrg..lagi over dr ibu dia lak..


tgh cedok lauk pun sempat nak pose lagi..sebelah dan depan i tu.. sume adik ipar i


mentang2 FIL tokey kanopikan...so nak promote sikitla


Sunday, May 9, 2010

bersantai di alamanda...


di hujung minggu...semalam kami (except mr hubby) bersama my mak and youngest sister telah berjalan2 sambil bersantai di alamanda..dah lama sebenarnya tak bersantai...cehhh cam la lama sangat padahal tiap2 minggu tu berjalan..maksud i dah seminggu je tak berjalan, yelah seminggu mendambakan diri dengan office work yang tak pernah habis so weekend is the day to rest and relax la kan..except mr hubbyla die every saturday ade meeting so memang selalu kami berjalan without him la...


budak kecik ni memang tak boleh tgk toy machine ni, mesti nak main sampai tak jemu2..rasenya semua toy machine yang ade kat alamanda tu semua die nak naik..kita yang menunggu ni lak naik jemu..tapi layan jela..

bila perut dah rase lapar kami menuju ke kenny rogers untuk lunch sebelum terus lagi jalan2..mula2 duduk dalam restoran tu hero and heroin duduk diam.. well manner tapi bila order dah sampai dan nak start makan..mulala sorang2 buat perangai..yang si heroin tu standard diela sekejap je nak duduk dalam baby chair bila dah start boring mula nak berdirila..nak turunla..

mula2 hero duk diam je...tgh tunggu sphagetti bolognese yang tak sampai2 lagi...






cuba tgk gambar kat atas ni sebenarnya gambar ni bukan nak fokus kat tuan tanah blog ni tapi nak fokus kat hero kat belakang tu..punyela ralit makan ayam kenny rogers tu sampai tak perasan anak sendiri dah kemana mana..yang heroin lak tak tau gi mana..suka suka die je nak jalan dari meja ke meja..

ha...tgk tu dah kata dah..sampai masuk bawah meja bermain..tak sedar tu mulut tgh comot..bila tgk anak orang lain baik je duk diam takde pun kata nak berlari2 tapi bila tgk anak sendiri..ya allah malu pun ade tu yang buat kadang2 ibu ni jadi monster...bertukarrrr...untuk mengelak ibu mereka2 ni bertukar jadi hijau...ada baiknya kami semua beredar dari restoran ni awal2 sebelum semua mata memandang ke arah kami...

my hero and heroin yang selalu membuatkan ibu mereka ni bertukarrr menjadi monster yang garang..nasibla setakat ni dua orang je kalau ade 4 orang anak camni maunya i jadi separuh mereng..