CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Khaleesya. Show all posts
Showing posts with label Khaleesya. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Back to Nature???

Percutian yang kami pergi baru2 ni. saje je saya pilih tempat di kampung2..jauh dari kesibukan kota dan kesesakan jalan raya..tambahan pulak hero n heroin tak pernah rasa macam mana duduk kampung dan enviroment kawasan kampung...

Jadinya destinasi kali ini saya pilih di Kuala Linggi, Melaka..actually tempat ni dah beberapa kali juga saya pergi bersama family ketika arwh ayah masih ada lagi dan ketika itu saya masih belum berkahwin dan selepas berkahwin tak pernah lagi jejak di kampung ni..hampir 8-9 tahun jugakla tak datang sini..memula tu risau gak takut tempat ni dah berubah atau pun dah membangun ke..

Tapi ternyata kawsan sekitar masih seperti dahulu..keamanan dan kesegaran kampung masih tidak berubah..cuma sedikit pembaharuan di kawasan chalet je itupun untuk keselesaan pengunjung2..yang penting lautnya tetap best...

 
 rumah ni saya pernah ambil gambar 8 tahun yang lepas dan keadaan rumah ni masih macam dulu lagi tetap tak berubah..dan rumah ni jugak banyak di jadikan lokasi penggambaran drama..masa kami sampai pun ada shooting drama di kawasan kampung ni..femes gak la tempat ni..



nampak lenggang dan sunyi je kampung ni kan..rasa tenang sangat kat sini takdela hari2 nak harungi jammed kat highway..

  

pagi2 kami round2 satu kampung..jalan kaki je bukan besar sangat pun kampungnye..Hakim mula2 sampai sini susah sikit penerimaan nya dia cakap "tak bestla tempat ni ibu..nape nampak buruk je hotel ni"..tu la dia bila tak biasa duk kampung..tambah pulak saya dan mr hubby takde kampung memasing rumah parents kawasan perumahan so memang anak2 tak pernah duduk kampung kalau ade pun rumah tok nyang die..tu pun jarang2 balik..tu yang saya saje bawak dia rase duduk kampung..


  

ni lagi antara rumah2 melaka yang ada kat kampung ni..saya suka sangat tgk rumah2 melaka ni..nampak keseniann dan keasliannya dan yang bestnya rumah2 melaka ni terkenal dgn tangga2 rumah yang menarik dan berwarna warni..yang penting tangga kena vouge..baru kerlassss



 
 lembu pun banyak di kampung ni..bukan je lembu binatang2 ternakan lain pun ade..kambing..ayam..binatang yang tak pernah hero n heroin tgk bila di KL

 

 bila dah penat pusing2 satu kampung..kami breakfast dulu kat warung tepi jalan ni..nampak sempoi sangat tapi boleh tahan ramai gak yang minum kat sini..


 nila kawasan chalet yang kami duduk..namanya KM Chalet.. kat sini ada perlbagai jenis chalet..ade yang rumah kayu tanpa aircond..ni sapa yang mahu rase fresh air boleh ambil chalet jenis ni..ade yang chalet jenis batu dan beraircond..saya ambil jenis ni takut nanti bising lak hero n heroin kalau dieorg kepanasan..dan homestay pun ade kat sini...

 
 

 yang ni pintu masuk kawasan KM Chalet..ade pangkin tempat menunggu pendaftaran..owwwhh lupa nak bagitau..saya bawa sekali adik dan mak saya bersama..ramai2 baru seronok kan...




 kawasan sekitar chalet dan homestay..dekat sangat dengan laut..keluar2 je dah nampak pantai..tu yang Hakim suka sangat..owwhhh dia dah jatuh chenta dgn tempat ni ye..sebabnya senang je dia berlari nak mandi laut...tu la..ibu dh kata lama2 Hakim mesti suka punye tempat ni..






pemandangan laut dari chalet yang saya duduk..Kawasan pantai ni dikira privasy sikit sebabnya kat sini cuma ada KM Chalet je yang lain2 tu adalah tapi tak komersial sangat..thats why pantai kat sini tak ramai orang..


jadi sesiapa yang berminat ingin merasa kenyamanan dan kedamaian.. dan juga ingin lari dari kesibukan kota anda bolehlla cuba di sini ye..mungkin bagi anda tempat ni tidak cukup menarik dan kurang fasiliti..tapi bagi saya kadang2 kita harus back to basic cuba rasa susah sikit walaupun tempat ni tidakla berapa selesa jika dibandingkan dengan hotel2 yang bertaraf 4 atau 5 bintang..dan tujuan saya adalah untuk meng"expose"kan anak2 kepada kawasan kampung..dan alhamdulillah banyak benda yang my hero belajar di sini..dan yang bestnya dia nak datang lagi..tapi tunggu cuti sekolah ye...

Thursday, December 1, 2011

Potong lagi...


Kali ni rambut heroin ku potong lagi..dan kali ni lebih pendek lagi..last sekali potong dalam sebulan yang lepas tapi rambut dia memang jenis cepat panjang..sekejap je dah cecah bahu..so alang2 potong biar pendek terus..lambat sikit nak panjangnya..

Wednesday, November 30, 2011

Mandi lawooottt...

Dah lama sebenarnya hero n heroin request nak mandi laut..tambah2 my heroin selalu duk cakap "adek nak mandi lawoottt"..

Tapi disebabkan mak pak dieorg ni busy memanjang tu yang terpaksa abaikan permintaan mereka2 ini..kesian pulak tgk asik sibuk hal masing2 je sampai terlupa kejap ..tu yang kebetulan school holiday has started and Hakim pun dah settle dgn his schooling so i and mr hubby decided to bring them somewhere yg ade lawoott..


Tak jauh pun..kami gi melaka je..itupun bukan center of Melaka..sempadan Negeri Sembilan and Melaka..keadaan tak mengizinkan kami nak pergi jauh2 disebabkan cuaca yg tidak menentu sekejap panas sekejap hujan lebat..bahaya gak nak drive jauh2 kan so gi Melaka pun dah ok..janji my kids dapat berjalan dan yang penting dapat mandi lawoott...


betapa seronoknya dieorg dapat mandi laut..cam org tak pernah jumpa air lak..especially my hero..tak sangka lak i yg dia suka..before this dia mmg takut nak mandi laut..takut dgn ombak bila dtg pukul badan dia..

tapi i surprise bila dia mandi sampai tak nak naik..walaupun hujan nak turun or hari dh panas terik tetap nak berendam dalam air..kalau nak ikut kan ombak kat sini boleh tahan besar gak and bila air surut pun still boleh rase wave nya..

my heroin ni biasala..sentiasa suka dgn air dan berani walaupun dilepaskan sorang diri dia orait je tapi dengan pelampung dan pengawasan mak pak dia la..


 tgk tu..ombak boleh tahan kuat gak kan..masa ni cuaca macam nak ujan and hero insist nak turun pantai gak sebab tak puas mandi..i temankan la dia walaupun yang lain2 tgh sedap layan mata lepas puas mandi pagi tadi..

 tapi i tak bagi dia terjun takut hujan lebat nanti so i cakap ngan dia just main tepi2 pantai or main pasir je..

 ni la..yang dia buat

 bila hari dh makin gelap.. i suh dia naik atas dan balik chalet, takut nanti hujan lebat tak sempat nak berlari masuk bilik..

Bila dah 3 hari bercuti dan nak balik, mulala si hero buat muka kelat nak duk lama lagi kat sini boleh hari2 mandi laut..tapi nak buat camana tapi dah janji dgn dia cuti sekolah tahun depan kita datang lagi...barula dia senyum lebar ye...

Wednesday, November 23, 2011

Mari Bersajak n Ohhh Moon

 Hari ni entry agak panjang dan penuh dgn gambar2 my hero n heroin semasa their annual concert last saturday, so agak2 rase boring dgn cerita ceriti ini bolehla abaikan ye dan pada yg ingin melayan entry ini..dialu2kan..layanzzzz

Okie..actually this was a last concert for Hakim and first concer for Khaleesya and i was excited sikit sbb both my hero n heroin participate..and yg membuatkan i betul2 teruja sesangat sbb my hero ni terpilih antara ramai2 student in his school untuk bersajak selain drp menyanyi..very impressive..no wonder my hero selalu sangat practice bersajak kat rumah rupa2nya dia salah sorang drp penyajak2 cilik masa concert tu..

 nila dia antara penyajak2 cilik..comel2 kan bebudak ni..sume yg berdiri tu tgh tunggu turn untuk mengeluarkan kata2 puitis...and yang duduk kat bangku2 tu akan berbalas2 pantun antara lelaki n perempuan..dah macam pentandingan berpantun la pulak..


 turn hero dh sampai..tgkla muka dia tgh bersemangat tu..

 siap gaya dan memek muka..

 dah habis turn, kena berdiri kat tepi sampai semuanya settle..i mmg salute n respectla kat their teachers, boleh handle 6 years old students dgn performance yang very2 smooth n perfect without helping from their teachers..and yg i surprise sgt kalau u olls nk tau sume boys kat dlm pic ni adalah antara budak2 yg selalu memeningkan kepala tcrs dieorg n wanted termasukla my hero..mmg 5 org budak nakal ni selalu buat kacau dan buat havoc kat sekolah dan selalu sgt tcr dieorg bg tau perangai hero dgn geng2 dia nie..tapi yg paling bestnya 5 heroes ni diberi tugas yg berat masa concert ni and they delivered successfully..mmg i tabik springla kat all the tcrs..and of coz to my hero gak la..


dan yang ni lak was their second performance..its koir..

 yang ni pun best gak..bukan macam koir biasa yg selalu budak2 sekolah menyanyi tu..but its like koir yg ada nada tinggi dan rendah..maksudnya this group sing high note but in the same time the other group sing low note pulak..cam yg selalu kita dgr koir kat Philharmonic..


 lagunya Ohhh Moon..n yg ni pun i impress sgt dgn budak2 n trcs dieorg .. i tell u best gile koir ni n i wonder gak camanela cikgu2 nk handle budak2 ni before this concert..its not an easy job..kita pun termengah2 nk handle yg dua kerat ni tambah cikgu2 yg nk jaga berkerat2..fuuhhhh maunya naik darah tingginya..but overall mmg super duper superb..well done to all..i will update the vid later..

and last but not least..my princess la sapa lagi..

juz simple performance je..

my heroin..peace yaww..

itu jela antara cerita ceritinya..actually annual concert ni sekali dgn graduation day for 6 years..tapi nnti i update another entry ye..kang ade lak yg muntah belilak ni kang baca entry n tgk gambar yg panjang2 ni..till then..chiaaoowww...


Monday, November 21, 2011

baru beberapa jam..


sudah rindu sama my hero n heroin..
sbbnya dieorg telah di kidnap oleh MIL n FIL 
balik seremban ptg tadi..
seronok betul depa ye
melompat2 bila tau atuk n wan nak dtg
dan nak bawak balik kampung
waaaa..walau baru berapa jam dieorg tkde
mak dah windduuu sama anak2 mak..
tak tau lagi bila nak balik sini
boleh gile mak weehh...

Saturday, October 22, 2011

Sudah Pendek...

Terpaksa potong pendek rambut heroinku disebabkan rambutnya jadi tak sihat bila terlalu panjang dan susah sikit nak jaga dan nak sikat. memula memang rasa sayang sangat sebab rambut heroin ikal dan nak cecah ke pinggang tapi disebabkan ibu dia ni amat malas pagi2 nak mendandan rambut anaknya maka mr hubby kata kita potong jela rambutnya takat bahu..esok2 panjang gak..so nak tak nak walaupun rasa sedih sangat paksa gak hati ni bawak dia g saloon rambut..




sebelum potong..masa ni rambut heroin dh lepas bahu means gambar lama la sebab b4 potong hari tu rambut heroin hampir cecah pinggang..mana mak tak sayang..lama woo tak potong rase last pegi saloon rasenya masa heroin umur awal 2 tahun kot pastu tak gi dah kalau pegi pun takat potong fringe dia je..rambut belakang mmg tk usik...

inila hasilnya..suka heroin bila rambut dia dah pendek..sik sesengih je memanjang..


Tuesday, July 19, 2011

Terpaksa Cuti Kecemasan

Sudah 2 hari i terpaksa mengambil cuti kecemasan disebabkan heroin secara tiba2 dijangkiti chicken pox..I mula perasan timbul seketul dua chicken poxnya itu hari jumaat lepas dan telah merlarat ke seluruh badan sehari dua ni...dan demamnya juga on and off..sekejap ok dan tiba2 temperaturenya naik so kena selalu monitor tahap kepanasan badan heroin..

badan heroin penuh dengan bintik2 chicken pox

Kesian kat dia.. muka nampak monyok je dan rasa tak selesa seluruh badan sebab terasa gatal2 dan miang so mr hubby carikan daun semambu (betul ke???..daun yg selalu ditanam di rumah org india) bagi mandi untuk kurangkan kegatalannya...

dah boleh senyum sikit sbb dah beransur kering

So lepas 4 hari ni nampak bintik merah dh mula pecah, mengecut dan kering tapi still lagi heroin tak boleh pergi school sbb for sure kindie tak terima diakan..jadinya ibu terpaksa ambil cuti lagi dan menjdai bibik di rumah sendiri ye...

Friday, July 1, 2011

Abang & Adik...

...kadang2 boleh jadi kawan dan kadang2 boleh jadi musuh..bila jadi kawan i suka sangat tgk.. rasa terharu je sejuk perut i mengandungkan mereka..lebih2 lagi bila si abang menjadi guardian kepada si adiknya..tapi bila dah bertengkar dan bergaduh...masa tu bolehla tgk si ibu ni bertukar menjadi ijo dan menjadi "monster" di dalam ini rumah ye...nway..i love so much to both of u..



Saturday, June 11, 2011

Si heroin...

Tup tap tup tap..dh nak masuk 3 tahun my lil princess nikan
sekejap sungguh masa berlalu rase baru je dia jalan2 jatuh dan sekarang dah laju berlari dan dah pandai naik basikal..tapi beskal yang roda empatla tu pun turun dr abgnya..since abg dh besar takleh dh naik beskal tu jadinya adikla dapat..tapi heroin baru2 belajar nak kayuh still tak kuat lagi nk kayuh pedal tu sometimes i need to push from back supaya dia dapat kayuh dan bergerak...

masa ni baru 1 yr ..gigi pun baru ada a few btg..

baru belajar berjalan..

and yang paling membuatkan i rase she's grew up is when dia mintak nk pergi school abg..adik tk nk duk umah mama dh adik nk g 'chelah' (bahasa sekolah bagi dia...). All this while mmg i hantar rumah babysitter since she was baby lagi and panggilan tuk pengasuhnya adalah 'mama' dan bila abg dia hari2 pergi sekolah bawa beg.. bawa buku... she request to go with his abg..

tapi during that time she was 2 yrs old and kindie tmpt abg nya tu hanya terima kids started with 3 yrs old..so kenala tunggu she turns to 3..awal tahun hr tu pun i dh bg tau mr hubby to registered heroin ni sekali ngan abgnya tp mr hubby kata kita tunggu dulula sbb rasa heroin still young and tak confident nk lepaskan dia dgn org lain lagipun she still wearing diapers..

after school break ni is a good time to register her sbb tgk dia pun dh boleh survive sendiri and now she can ask us when she want to go to toilet whether to phe-phe or pho-pho..so senang sikitla and i pun boleh lepaskan dia dgn senang hati...

so tunggu jela this coming monday..her 1st day to school..

dh besarkan anak dara ni...

dh pandai bermain sendiri

Tuesday, October 12, 2010

Model cilik yang perasan cun...

sejak2 pandai bergambar..si cilik ni memang suka berposing sungguh..pantang orang nak ambil gambar dia mesti kepala lentok punye..isssshhhh nak jadi model ke..
last saturday my mak and my sister bawa khaleesya ke majlis pertunangan sepupu di Kajang dan malang sekali i, mr hubby dan Hakim tak dapat pergi sebab kami sekeluarga telah dijangkiti sakit mata..mula berjangkit dengan khaleesya la kat rumah babysitter nye..sudahnya dia dah elok kami yang merana sakit mata..

so sebab itula dia sorang je wakil keluarga kami ke kenduri tu..atleast takdela sampai the whole family tak pergikan...

layan jela..gambar kanak2 perasan ni...