CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

Bahang raya semakin di rasa...

Wowww esok lusa kita akan berhari raya..rasa terlalu cepat sangat masa berlalu. rasa sedih dan sebak rasenya kerana Ramadhan akan meninggalkan kita..tak pasti lagi sama ada kita akan berjuma dengan Ramadhan lagi di tahun depan..semoga amalan kita sepanjang Ramadhan akan diterima olehNYA. Insyaallah..

Okey..tak mau sedih2 sepatutnya kita berasa gembira kerana insyaallah dapat menyempurnakan amalan berpuasa di bulan Ramadhan dan akan menyambut hari kemenangan kita kurang beberapa jam je lagi..so untuk preparation hari raya ni seperti biasa makanan yang akan dihidang dipagi raya adalah rendang, kuah kacang, kuah lodeh, lemang dan ketupat..jadinya tahun ni kami decide nak anyam ketupat sebabnya my hero tu sibuk berkali2 tanya macam mana nk buat ketupat sebab dia duk selalu tgk cite upin ipin versi hari raya..so i pun gi la beli daun kelapa untuk menganyam..memula tu semangat si hero ni nak belajar..tapi ingat senang ke nak belajar hanya org yang kreatif dan tangan berseni je boleh anyam tau kalau tidak alamatnya jadi tah ape2..last sekali daun tah ke mana hero pun tah ke mana..


di antara ketupat yang telah di anyam..


daun yang bergulung2 kat tepi bakul tu adalah hasil kerja si hero..dah boring sangat sebab ketupatnya tak jadi 2..

ini namanya ketupat bawang...

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua anda berada dan tak lupa juga kami memohon seribu kemaafan seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa sepanjang penulisan di blog ini dan juga mohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri ini di luar sana. dan kepada yang memandu untuk balik ke kampung sentiasa berhati2 di jalan raya dan ingatla orang tersayang yang menunggu kepulangan kalian..


Easy Peasy Chocolatelicious


Tersangatla easy peasy membuat coklat ini yang semestinya menjadi kesukaan seisi rumah ku..sebelum buat kumpul dulu data2 dan tips dari sifu2 yang expert then barula mencubanya..
sungguh cepat..sungguh senang..dan sungguh lajatttt

Saturday, August 13, 2011

Marila Bergoyang...


Berkobar-kobar hari ni menggoyangkan diri sebabnya nak menyiapkan salah satu jenis kuih raya yang dlm list to do..mula2 buatla kuih yang senang dulu then baru buat kuih yang tak berapa senang..senang2 pun berpoluh2 gak la makcik nak siapkan satu adunan tu..macam siput nk habiskan satu persatu patutla bila kita beli kat kedai harganya boleh tahan mahal sebab nak membuatnya memang memerlukan sepenuh kesabaran dan ketenangan kalau tak alamatnya ade yg senget bengetla,,ada yang terlebih garingla..jadinya nk kekalkan momentum tu kenala bersabar..

Ok..so inila hasilnya kuih goyang a.k.a kuih rose..nampak cam tak berapa cantik di tambah pula gambar yg di capture drp handpon biasa aja.. almaklumla baru first time makcik belajar dan membuatnya..so mintak maafla kalau rupanya kurang memuaskan tapi i tell u the taste is violaaa...cukup lemak manis dan rangup sekali..my heroin duk ulang alik ke dapur sampai tak sempat nk penuh tong tupperware tu...nanti raya jempula datang ke rumah bolehla rasa kuih goyang ku ini...

Monday, August 1, 2011

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir...


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Sunday, July 31, 2011

Si suami merendang di rumah..si isteri berjimba2 di luar...

Seronoknya berjimba2 tanpa adanya hero n heroin bukan senang tau mr hubby nak jaga anak2 sementara si ibu seronok2 di luar..bukan gi mana pun gi shopping je..beli barang2 keperluan raya untuk semua nanti dekat2 nak raya nanti takdela kelam kabut dan orang pun takdela ramai sangat..apa???? tak ramai????

Tapi semalam memang lautan manusia melimpah2 di Sogo semuanya sama matlamat cam i membeli sebelum bulan puasa untuk mengelakkan last minit shopping..sebenarnya sume tu alasan je bukannye tak nak tunggu last minit tapi sbb nk grab sogo member card sale yang hanya untuk 3 hari ni je..jadinya semua berpusu2 menyoppingkan diri..dah macam ulat i tgk ramai sgt manusia tapi rata2 yang beria2 shopingg ni sapa lagi kalau bukan kaum ibu..

punyela seronok shopping sampai lupa nak ambil sebijik gambar pun tapi gambar ni i ambil dr fb my friend..tapi keadaan ni semasa hari Jumaat lepas..boleh tahanla ornya nampak tk padat sgt..tp semalam i pergi adalah dua kali ganda dr yg ni..sume macam piranha bila nampak sale melampau tu bila nak membayar..haa..ambik..dekat 1 jam beratur..tobatla nak pegi lagi..dengan kaki kesakitan yang teramat sgt dgn penat beratur..but end of the day rasa berbaloi sbb dh settle baju raya hero n heroin..

sementara i berjimba2 di sogo, mr hubby berpenat lelah menyiapkan rendang daging di rumah. Tak tau ape mimpi dia nak masak rendang lak kan..saje seronok sbb nak sambut ramadhan dan boleh buat lauk untuk bersahur..My hero terlalu suka dengan rendang yg mr hubby buat sampai makan nasi bertambah2..pasni i tk perlu risau lagi kalo nak makan rendang di rumah sbb dh ade org expert yg pandai masak rendang..walaupun first try tapi kena dengan tekak i dan semua isi rumah ini...

ini la rupanya rendang daging yg mr hubby masak, pas ni kena menuntut dengan dia la camane nk masak rendang..hehehehhe

Thursday, July 21, 2011

Cooking

Sejak i bercuti menjaga Khaleesya ni, tiap2 hari i akan memasak, ceehhh macam la selama hari ni tak memasak kan cumanya bila banyak masa di rumah kita boleh memasak dengan penuh jiwa dan raga bukan macam hari2 bekerja, masak jugak tapi dalam keadaan yang tergesa2 dan tidak sepenuh hati..i mean.. right after reach home everything should be ready before maghrib..maunya tak terkejar2 balik umah pun dh pukul 6 lebih tu belum lagi kira singgah sana singgah sini tuk beli apa2 yg patut.. sampai je umah tukar uniform terus bertapa kat dapur sampaila everything is done..memang penat..tapi bila seharian ada di rumah i boleh memasak dengan tenang dan bersungguh2..

ok..back to my cooking, i managed to cook fish soup for khaleesya as she still berpantang lagi tak boleh ambil makanan yang berasas kan minyak or any food yg itchy to her sbb ini akan menambahkan lagi her itchyness..so that was for lunch, i pun tumpang sekaki la makan nasi and fish soup..

and for dinner lak, i made bolognaise spaghetti for my superheroes..mr hubby and hakim and actually this spaghetti was requested by hakim before he went to school yesterday..dah lama katanya tak makan spaghetti and i know this is his favorite so sbb tak nk menghampakan permintaan my hero ni so i buatkan beef bolognaise..ha amik..2 pinggan makan ye..termasukla si ayah...


bukan tu aje..i buat desert lak..kan dah kata i masak dgn sepenuh jiwa dan raga..hehehehe..this is my first try for sagoo puding..mmm sedappp bila dimakan sejuk2..


rasa seronok pulak bila hari2 i masak sbb ade masa nk search resepi2 yang mudah dan cepat di seantero dunia IT ni and also boleh tgh puas2 channel cooking di astro 703 or 706..syiiookkk..banyak idea..kadang bila pikir seronok pulak duduk kat rumah ni..i boleh cook healty food for my kids, boleh cuba pelbagai resepi yang best2 and i boleh buat sesuka hati i pun..agak2 bila boleh jadi fulltime housewife ye..bosan gak bekerja hari2 dan buat routine activities..boring tgk org2 yang berlagak bagus, berlagak pandai dan yang selalu bodek dan kipas boss padahal keje tu org lain yg buat dia hanya nk nama je..boring2...

ewaaaahhhh banyak lak membebel ni..yo yo o je nk jd housewife kan tgk2..seminggu duk umah dh melalak keboringan tahap maksima..sapa nak jawab..

Tuesday, July 19, 2011

Pancake for breakfast

LinkDisebabkan masih lagi bercuti, hari ni merajinkan diri untuk prepare breakfast..hanya untuk heroin and i je yang ada di rumah ni..yg lain menjalankan aktiviti ke sekolah dan ke temppat kerja seperti biasa..ala bukan breakfast yang heavy pun senang dan simple je..itu pun sbb tak tau nk breakfast apa so i just made easy peasy pancake ni..Dapat resepi drp dapur Mat Gebu..so easy and simple..pada yang ingin cuba here is the recipe

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba